MAZMUR 118:20-24
MAZMUR 118:20-24 Alkitab Berita Baik (BM)
Inilah pintu gerbang TUHAN; hanya umat Allah boleh memasukinya. Aku memuji-Mu, TUHAN, kerana Engkau mendengar seruanku, kerana Engkau telah memberi aku kemenangan. Batu yang dibuang pembina-pembina itu telah menjadi batu yang paling utama. Inilah perbuatan TUHAN; sungguh mengagumkan bagi kita! Inilah hari kemenangan TUHAN; marilah kita rayakannya dengan gembira.
MAZMUR 118:20-24 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Inilah pintu TUHAN; orang yang benar akan masuk melaluinya. Aku akan memuji-Mu, kerana Engkau telah menjawabku; dan telah menjadi penyelamatanku. Batu yang telah dibuang oleh pembina telah menjadi batu penjuru; Ini perbuatan TUHAN, sungguh menakjubkan di mata kita. Ini hari yang dijadikan oleh TUHAN; kita akan bergembira dan bersukacita kerananya.