MAZMUR 118:1-7
MAZMUR 118:1-7 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Bersyukurlah kepada TUHAN kerana kebaikan-Nya; kasih-Nya kekal selama-lamanya. Biarlah Israel berkata: “Kasih-Nya kekal selama-lamanya.” Biarlah keturunan Harun berkata: “Kasih-Nya kekal selama-lamanya.” Biarlah mereka yang takut akan TUHAN berkata: “Kasih-Nya kekal selama-lamanya.” Aku berseru kepada TUHAN dalam kesusahan, TUHAN menjawabku dan meletakkan aku di tempat yang lapang. TUHAN memihak kepadaku; aku tidak akan takut. Apakah yang dapat dilakukan manusia kepadaku? TUHAN menyokongku dalam kalangan mereka yang menolongku. Oleh itu, aku akan melihat kehendakku berlaku ke atas mereka yang membenciku.
MAZMUR 118:1-7 Alkitab Berita Baik (BM)
Bersyukurlah kepada TUHAN kerana Dia baik, dan kasih-Nya kekal abadi. Hendaklah umat Israel berkata, “Kasih-Nya kekal abadi.” Hendaklah imam-imam Allah berkata, “Kasih-Nya kekal abadi.” Hendaklah semua orang yang menyembah Dia berkata, “Kasih-Nya kekal abadi.” Dalam kesukaran, aku berseru kepada TUHAN; Dia mengabulkan doaku dan membebaskan aku. Aku tidak takut kerana TUHAN menyertai aku; apakah yang dapat dilakukan manusia terhadap aku? TUHAN itulah yang menolong aku, aku akan melihat musuh-musuhku dikalahkan.