MAZMUR 116:4-7
MAZMUR 116:4-7 Alkitab Berita Baik (BM)
Lalu aku berseru kepada TUHAN, “Aku memohon, ya TUHAN, selamatkanlah aku.” TUHAN itu pengasih dan adil; Allah kita penuh belas kasihan. TUHAN melindungi orang yang tidak berdaya; ketika aku menghadapi bahaya, Dia menyelamatkan aku. Aku mesti tenang, kerana TUHAN baik kepadaku.
Kongsi
Baca MAZMUR 116MAZMUR 116:4-7 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Lalu aku menyeru nama TUHAN: “Ya TUHAN, aku merayu kepada-Mu, selamatkanlah jiwaku!” TUHAN penuh kasih kurnia serta benar; ya, Allah kita penuh belas kasih. TUHAN memelihara orang yang tulus; ketika aku ditindas, Dia menyelamatkan aku. Bertenanglah kembali, wahai jiwaku, kerana TUHAN baik kepadamu.
Kongsi
Baca MAZMUR 116