MAZMUR 11:1-7
MAZMUR 11:1-7 Alkitab Berita Baik (BM)
Untuk pemimpin koir. Mazmur Daud. Aku yakin bahawa TUHAN akan melindungi aku. Tidak ada gunanya berkata kepadaku, “Terbanglah seperti burung ke gunung, kerana di tempat yang gelap, orang jahat telah melengkungkan busur, dan memasang anak panah untuk memanah orang baik. Tiada apa-apa lagi yang dapat dilakukan orang baik apabila tata tertib masyarakat musnah.” TUHAN berada di Rumah-Nya yang suci; Dia mempunyai takhta di syurga. Dia memperhatikan semua manusia dan mengetahui segala perbuatan mereka. Dia menguji orang baik dan orang jahat; Dia sangat membenci orang yang mencintai keganasan. Orang jahat dihukum-Nya dengan malapetaka, dengan arang berapi, belerang, dan angin yang menghanguskan. TUHAN adil dan mengasihi orang yang berbuat baik; orang jujur akan melihat dan mengenal Dia.
MAZMUR 11:1-7 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Kepada TUHAN aku bernaung. Betapa kamu boleh berkata kepadaku: “Terbanglah seperti burung ke gunungmu. Lihat! Orang zalim melengkung busur; dan memasang anak panah dalam senyap untuk memanah orang yang tulus hati. Jika asas dimusnahkan, apakah yang dapat dilakukan oleh orang yang benar?” TUHAN di dalam rumah-Nya yang suci; takhta-Nya di syurga. Dia memerhatikan; dan menguji anak-anak manusia. TUHAN menguji orang yang benar, tetapi membenci orang durjana dan orang yang mencintai keganasan. Dia akan menghujani orang zalim dengan arang menyala; api dan belerang serta angin yang membakar akan menimpa mereka sebagai hukuman. TUHAN adalah benar, Dia mencintai keadilan; wajah-Nya menghadap kepada orang yang tulus.