MAZMUR 103:13-19
MAZMUR 103:13-19 Alkitab Berita Baik (BM)
Seperti seorang bapa mengasihani anak-anaknya, begitulah TUHAN mengasihani orang yang menghormati-Nya. Dia tahu bagaimana kita dibentuk, Dia ingat bahawa kita ini debu belaka. Manusia bagaikan rumput, yang tumbuh dan mengembang seperti bunga di padang. Apabila ditiup angin, bunga pun hilang, tiada orang melihatnya lagi. Tetapi TUHAN tetap mengasihi orang yang menghormati Dia, dan kebaikan-Nya berlangsung selama-lamanya, bagi mereka yang setia kepada perjanjian-Nya, dan mentaati perintah-Nya. TUHAN membina takhta-Nya di syurga; Dia raja yang menguasai semuanya.
MAZMUR 103:13-19 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Sebagaimana bapa mengasihani anak-anak, demikianlah TUHAN mengasihani orang yang takut kepada-Nya; kerana Dia tahu bagaimana kita dibentuk, Dia ingat bahawa kita ialah debu. Hidup manusia seperti rumput, seperti bunga di padang, begitulah dia berkembang; angin meniupnya, maka tiadalah dia lagi, dan tempatnya dahulu tidak mengingatinya. Tetapi kasih TUHAN dari selama-lamanya sampai selama-lamanya bagi mereka yang takut kepada-Nya, dan perbenaran-Nya sampai anak cucu, kepada mereka yang mematuhi perjanjian-Nya dan kepada mereka yang mengingati ajaran-ajaran-Nya. TUHAN telah menempatkan takhta-Nya di syurga, dan kerajaan-Nya memerintah semua yang ada.