MAZMUR 100:1-5
MAZMUR 100:1-5 Alkitab Berita Baik (BM)
Mazmur kesyukuran. Bernyanyilah untuk TUHAN, hai penduduk dunia! Sembahlah TUHAN dengan sukacita; datanglah ke hadirat-Nya dengan lagu-lagu gembira! Akuilah bahawa TUHAN itu Allah. Dia mencipta kita, dan kita kepunyaan-Nya; kita umat-Nya, bangsa yang dipelihara-Nya. Masuklah melalui pintu gerbang-Nya dengan ucapan syukur, pergilah ke halaman Rumah-Nya dengan pujian. Bersyukurlah kepada-Nya dan pujilah Dia. TUHAN itu baik; Dia tetap mengasihi umat-Nya dan setia kepada mereka selama-lamanya.
MAZMUR 100:1-5 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Bersorak rianglah kepada TUHAN, wahai seluruh bumi. Sembahlah TUHAN dengan sukacita; datanglah ke hadirat-Nya dengan nyanyian. Ketahuilah bahawa TUHAN, Dialah Allah. Dialah yang telah menjadikan kita, dan kita milik-Nya; kita umat-Nya dan kawanan domba di padang rumput-Nya. Masuklah ke pintu pagar-Nya dengan mengucap syukur dan ke pekarangan-Nya dengan pujian; bersyukurlah kepada-Nya, dan berkatilah nama-Nya. Kerana TUHAN baik, kasih-Nya untuk selama-lamanya; dan kesetiaan-Nya kekal turun-temurun, zaman-berzaman.