MAZMUR 100:1-3
MAZMUR 100:1-3 Alkitab Berita Baik (BM)
Mazmur kesyukuran. Bernyanyilah untuk TUHAN, hai penduduk dunia! Sembahlah TUHAN dengan sukacita; datanglah ke hadirat-Nya dengan lagu-lagu gembira! Akuilah bahawa TUHAN itu Allah. Dia mencipta kita, dan kita kepunyaan-Nya; kita umat-Nya, bangsa yang dipelihara-Nya.
Kongsi
Baca MAZMUR 100MAZMUR 100:1-3 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Bersorak rianglah kepada TUHAN, wahai seluruh bumi. Sembahlah TUHAN dengan sukacita; datanglah ke hadirat-Nya dengan nyanyian. Ketahuilah bahawa TUHAN, Dialah Allah. Dialah yang telah menjadikan kita, dan kita milik-Nya; kita umat-Nya dan kawanan domba di padang rumput-Nya.
Kongsi
Baca MAZMUR 100