AMSAL 4:23-27
AMSAL 4:23-27 Alkitab Berita Baik (BM)
Berhati-hatilah tentang apa yang kamu fikirkan, kerana pemikiranmu menentukan hidupmu. Jangan katakan apa yang tidak benar. Jangan ucapkan dusta dan kata-kata yang menyesatkan orang. Pandanglah ke hadapan dengan keyakinan yang sungguh-sungguh, dan jangan tundukkan kepalamu kerana malu. Buatlah rancanganmu dengan teliti supaya apa sahaja yang kamu lakukan akan berjaya. Jauhkanlah dirimu daripada kejahatan dan hiduplah dengan jujur. Jangan menyimpang sedikit pun dari jalan yang benar.
AMSAL 4:23-27 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Jagalah hatimu lebih daripada segalanya, kerana dari situlah terpancar mata air kehidupan. Buanglah penipuan daripada mulutmu, dan jauhkanlah bibir mungkar daripadamu. Hendaklah matamu memandang ke hadapan, dan tatapanmu lurus ke arah di depanmu. Ratakanlah jalan bagi kakimu, pastikan segala jalanmu akan teguh. Janganlah menyimpang ke kanan atau ke kiri; jauhkanlah kakimu daripada kejahatan.