AMSAL 3:21-26
AMSAL 3:21-26 Alkitab Berita Baik (BM)
Hai anakku, berpeganglah pada hikmat dan pengertian. Jangan sekali-kali lepaskannya, maka hidupmu akan terpelihara - sejahtera dan bahagia. Kamu akan berjalan dengan selamat; kamu tidak akan tersandung. Kamu akan tidur tanpa berasa takut, dan tidur nyenyak sepanjang malam. Kamu tidak usah khuatir akan bencana yang datang dengan tiba-tiba, seperti bencana angin ribut yang menimpa orang jahat. TUHAN akan menjaga kamu. Dia tidak akan membiarkan kamu dijerat.
AMSAL 3:21-26 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Hai anakku, peganglah hikmah dan kebijaksanaan, jangan biarkan semua itu luput daripada pandanganmu; semua itu akan menjadi kehidupan bagi jiwamu dan perhiasan bagi lehermu. Maka engkau akan melangkah di jalanmu dengan selamat, dan kakimu tidak akan tersandung. Ketika berbaring, engkau tidak akan berasa takut, engkau akan berbaring dan mendapat nikmat tidur yang lena. Janganlah takut terhadap kengerian yang datang tiba-tiba, atau terhadap kebinasaan yang kelak melanda orang durjana, kerana TUHAN sumber keyakinanmu, dan akan menjaga kakimu daripada terjerat.