AMSAL 3:13-26
AMSAL 3:13-26 Alkitab Berita Baik (BM)
Berbahagialah orang yang menjadi bijaksana dan mendapat pengertian. Manfaatnya melebihi keuntungan daripada perak, dan nilainya lebih tinggi daripada emas. Hikmat lebih bernilai daripada batu permata. Semua yang kamu idamkan tidak dapat dibandingkan dengan hikmat! Hikmat memberi kamu umur panjang, dan juga kekayaan serta kehormatan. Hikmat memberi kamu kehidupan yang sejahtera dan sentosa. Orang yang menjadi bijaksana berasa bahagia, dan mendapat hidup yang sejati. TUHAN menciptakan bumi dengan hikmat-Nya; Dia membentangkan langit dengan pengetahuan-Nya. Hikmat-Nya menyebabkan air sungai mengalir, dan awan menurunkan hujan ke bumi. Hai anakku, berpeganglah pada hikmat dan pengertian. Jangan sekali-kali lepaskannya, maka hidupmu akan terpelihara - sejahtera dan bahagia. Kamu akan berjalan dengan selamat; kamu tidak akan tersandung. Kamu akan tidur tanpa berasa takut, dan tidur nyenyak sepanjang malam. Kamu tidak usah khuatir akan bencana yang datang dengan tiba-tiba, seperti bencana angin ribut yang menimpa orang jahat. TUHAN akan menjaga kamu. Dia tidak akan membiarkan kamu dijerat.

AMSAL 3:13-26 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Betapa berbahagianya orang yang mendapat hikmah, dan orang yang memperoleh pengertian, kerana labanya lebih besar daripada keuntungan perak, dan hasilnya lebih berharga daripada emas. Hikmah lebih bernilai daripada batu permata, dan apa-apa pun yang kamu idamkan tidak sebanding dengannya. Di tangan kanannya umur panjang, di tangan kirinya kekayaan dan kehormatan. Jalan-jalannya jalan keselesaan, dan segala lorongnya kesejahteraan. Hikmah pokok hayat bagi yang berpaut padanya, berbahagialah orang yang memeluknya seerat-eratnya. Dengan hikmah TUHAN meletakkan asas bumi, dan dengan pengertian Dia menetapkan langit. Dengan pengetahuan-Nya sumber air yang dalam terpancar keluar, dan awan-awan menitiskan embun. Hai anakku, peganglah hikmah dan kebijaksanaan, jangan biarkan semua itu luput daripada pandanganmu; semua itu akan menjadi kehidupan bagi jiwamu dan perhiasan bagi lehermu. Maka engkau akan melangkah di jalanmu dengan selamat, dan kakimu tidak akan tersandung. Ketika berbaring, engkau tidak akan berasa takut, engkau akan berbaring dan mendapat nikmat tidur yang lena. Janganlah takut terhadap kengerian yang datang tiba-tiba, atau terhadap kebinasaan yang kelak melanda orang durjana, kerana TUHAN sumber keyakinanmu, dan akan menjaga kakimu daripada terjerat.