AMSAL 27:23-27
AMSAL 27:23-27 Alkitab Berita Baik (BM)
Peliharalah ternakan kamu baik-baik, kerana kekayaan tidak kekal. Bahkan kuasa untuk memerintah pun tidak tetap selama-lamanya. Kamu memotong rumput dan mengumpulkannya untuk ternakan kamu, tetapi sementara itu rumput yang baru tumbuh. Kamu dapat membuat pakaian daripada bulu domba. Kamu dapat membeli tanah daripada jualan kambing. Kambing yang selebihnya akan menghasilkan susu bagi kamu, keluarga kamu, dan pelayan perempuan.
AMSAL 27:23-27 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Ketahuilah dengan baik keadaan haiwanmu dan perhatikanlah kawanan ternakmu, kerana harta benda tidaklah kekal, begitu juga mahkota tidak tetap turun-temurun. Ketika rumput lama menghilang, rumput muda terlihat, dan tumbuh-tumbuhan gunung dikumpulkan, maka domba-domba akan menyediakan pakaian bagimu dan kambing-kambing jantan akan menyediakan wang pembeli ladang. Akan cukup susu kambing untuk rezekimu, rezeki keluargamu, dan penghidupan para pelayan perempuanmu.