AMSAL 26:4-12
AMSAL 26:4-12 Alkitab Berita Baik (BM)
Orang yang menjawab pertanyaan yang bukan-bukan, menjadi sebodoh orang yang bertanya. Pertanyaan yang bodoh harus diberikan jawapan yang bodoh juga, supaya si penanya sedar bahawa dia tidak sepandai yang disangkanya. Mengutus orang bodoh untuk menyampaikan pesan sama dengan mematahkan kaki sendiri dan mencari kecelakaan. Seperti orang lumpuh tidak dapat menggunakan kaki, demikian juga orang bodoh tidak dapat menggunakan peribahasa. Memuji orang yang bodoh sia-sia sahaja, seperti batu yang diikat pada lastik. Orang bodoh yang cuba mengutip peribahasa bagaikan orang mabuk yang cuba mengeluarkan duri dari tangannya. Sesiapa yang mengupah orang bodoh akan menyusahkan semua orang. Orang bodoh yang mengulangi kebodohan mereka bagaikan anjing yang menjilat semula muntahnya. Sebodoh-bodohnya orang, tidaklah sebodoh orang yang menyangka dirinya bijak, padahal tidak.
AMSAL 26:4-12 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Jangan menjawab orang bodoh menurut kebodohannya, supaya jangan engkau sendiri menjadi sama dengannya. Jawablah orang bodoh sepadan dengan kebodohannya, supaya jangan dia menganggap dirinya bijaksana. Seperti memotong kaki sendiri dan menghirup kekerasan, demikianlah orang yang mengirim pesan melalui tangan si bodoh. Seperti kaki orang tempang yang terkulai, demikianlah pepatah di mulut orang bodoh. Seperti orang mengikat batu pada tarbil, demikianlah orang yang memberi hormat kepada orang bodoh. Seperti duri menusuk tangan pemabuk, demikianlah pepatah di mulut orang bodoh. Seperti pemanah yang melukai setiap orang, demikianlah orang yang mengupah si bodoh atau sesiapa sahaja yang lalu-lalang. Seperti anjing menjilat muntahnya kembali, demikianlah orang bodoh yang mengulangi kebodohannya. Adakah engkau memperhatikan orang yang menganggap dirinya arif? Orang yang bodoh ada lebih banyak harapan daripada dia.