AMSAL 25:18-23
AMSAL 25:18-23 Alkitab Berita Baik (BM)
Membuat tuduhan palsu bagaikan menyerang dengan pedang, belantan, atau anak panah yang tajam. Mengharapkan seorang yang tidak dapat dipercayai pada masa kesusahan bagaikan menggigit dengan gigi yang goyah atau berjalan dengan kaki yang tempang. Menyanyikan lagu bagi orang yang sedih bagaikan menanggalkan pakaiannya pada hari yang sejuk, atau membubuhkan cuka pada luka. Jika musuh kamu lapar, berilah mereka makan; jika mereka dahaga, berilah mereka minum. Perbuatan kamu akan memalukan mereka, dan TUHAN akan membalas kebaikan kamu. Umpatan pasti mendatangkan kemarahan seperti angin utara pasti membawa hujan.
AMSAL 25:18-23 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Seperti belantan, pedang, atau anak panah yang tajam, demikianlah orang yang bersaksi dusta atas jirannya. Seperti gigi yang patah dan kaki yang tergeliat, demikianlah kepercayaan kepada pengkhianat pada masa kesesakan. Seperti orang yang menanggalkan pakaian pada hari dingin dan seperti cuka pada garam abu, demikianlah orang yang bernyanyi untuk hati yang berdukacita. Jika musuhmu lapar, berilah dia makan, dan jika dia dahaga, berilah dia minum, kerana dengan berbuat demikian, kamu menimbunkan bara api ke atas kepalanya, dan TUHAN pun akan memberimu pahala. Angin utara menghasilkan hujan, dan lidah fitnah menghasilkan muka marah.