AMSAL 20:3-7
AMSAL 20:3-7 Alkitab Berita Baik (BM)
Hanya orang bodoh suka bertengkar; sikap yang terpuji adalah menjauhi pertengkaran. Petani yang malas mengerjakan tanah pada musimnya tidak akan mendapat hasil pada musim menuai. Fikiran manusia bagaikan air di perigi yang dalam, tetapi orang yang berpengertian dapat menimbanya. Banyak orang mengaku diri mereka taat setia, tetapi yang betul-betul setia, sukar ditemukan. Berbahagialah anak-anak yang mempunyai bapa yang jujur dan adil.
AMSAL 20:3-7 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Terhormatlah orang yang menjauhi persengketaan, tetapi setiap orang yang bodoh suka berbantah. Pada musim dingin si pemalas enggan membajak kerana kesejukan. Maka dia mencari hasil pada musim menuai dan tidak mendapat apa-apa. Niat yang terkandung dalam hati manusia seumpama air yang dalam, tetapi orang yang berpengertian dapat menyelaminya. Ramailah orang mencanangkan fasal kesetiaan mereka, tetapi siapakah yang dapat menemui orang yang betul-betul setia? Orang benar yang hidup dalam keikhlasan, begitu berbahagia sekali keturunannya!