AMSAL 2:1-11
AMSAL 2:1-11 Alkitab Berita Baik (BM)
Hai anakku, terimalah apa yang aku ajarkan dan jangan lupa akan perintahku. Dengarlah apa yang bijaksana dan cubalah memahaminya. Ya, mohonlah dengan bersungguh-sungguh supaya mendapat pengetahuan dan mintalah pengertian. Carilah perkara itu seperti mencari perak dan harta terpendam. Barulah kamu akan tahu maknanya takut kepada TUHAN, dan kamu akan mendapat pengetahuan tentang Allah. TUHANlah yang memberikan hikmat. Pengetahuan dan pengertian berasal daripada-Nya. Dia memberikan pertolongan dan perlindungan kepada orang yang tulus hati dan jujur. Dia melindungi orang yang berlaku adil, dan mengawal orang yang setia kepada-Nya. Jika kamu mendengar nasihatku, kamu akan tahu apa yang benar, adil, dan tidak berat sebelah. Kamu akan tahu apa yang harus kamu buat. Kamu akan menjadi bijaksana, dan pengetahuanmu akan menyukakan hatimu. Pengertian dan kecerdasanmu akan melindungimu
AMSAL 2:1-11 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Hai anakku, jika engkau menerima kata-kataku dan menyimpan perintah-perintahku dalam dirimu, mengarahkan telingamu kepada hikmah, dan mencenderungkan hatimu kepada pengertian; jika engkau berseru memohon pengertian, dan mengangkat suaramu memohon pengertian; jika engkau mencarinya seperti perak, dan menggalinya seperti menggali harta terpendam, maka engkau akan memahami apa ertinya takut kepada TUHAN serta memperoleh pengetahuan tentang Allah. Kerana TUHAN sajalah yang mengurniakan hikmah, dan daripada mulut-Nyalah datang pengetahuan serta pengertian. Dia menyimpan hikmah bagi orang yang lurus, dan menjadi perisai bagi mereka yang hidup dalam keikhlasan. Dia menjaga jalan keadilan, dan memelihara jalan orang salih-Nya. Maka engkau akan memahami apa yang benar, adil, dan saksama serta segala jalan kebaikan, kerana hikmah akan masuk ke dalam hatimu, dan pengetahuan akan menyenangkan jiwamu. Budi bicara menjadi pengawas kamu, dan pengertian akan menjaga kamu