AMSAL 19:8-13
AMSAL 19:8-13 Alkitab Berita Baik (BM)
Sesiapa mengejar pengetahuan, mengasihi dirinya; sesiapa mengingat apa yang dipelajarinya, akan berjaya. Sesiapa yang membohong di mahkamah tidak akan terlepas daripada hukuman. Dia pasti binasa. Orang bodoh tidak layak hidup dalam kemewahan; hamba tidak patut memerintah penguasa. Orang bijak dapat menahan kemarahan. Mereka dipuji kerana mengampunkan kesalahan orang terhadap mereka. Kemurkaan raja bagaikan ngauman singa, tetapi kebaikannya bagaikan embun yang membasahi tumbuh-tumbuhan. Anak yang bodoh membinasakan bapanya. Isteri yang meleter bagaikan titisan air yang tidak henti-henti.
AMSAL 19:8-13 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Sesiapa memperoleh hikmah, mengasihi jiwanya sendiri, dan orang yang berpegang teguh pada pengertian akan memperoleh kebajikan. Seorang saksi dusta tidak akan terlepas daripada hukuman, dan orang yang berbohong akan binasa. Memang kemewahan tidak sesuai bagi orang bodoh, lebih tidak sesuai lagi seorang hamba memerintah pembesar. Kebijaksanaan seseorang menjadikannya panjang sabar, dan kemuliaannya adalah mengampunkan pelanggaran. Murka raja laksana ngauman seekor singa, tetapi kebaikannya ibarat embun di atas rumput. Anak yang bodoh membawa bencana bagi ayahnya, dan isteri yang suka berbantah ibarat air yang terus menitik.