AMSAL 16:3-9
AMSAL 16:3-9 Alkitab Berita Baik (BM)
Serahkanlah segala usahamu kepada TUHAN, maka rancanganmu akan berjaya. Segala yang dibuat TUHAN ada tujuannya, dan tujuan bagi orang jahat adalah kebinasaan. TUHAN membenci orang sombong; Dia tidak membiarkan mereka terlepas daripada hukuman. Orang yang taat setia kepada Allah akan mendapat pengampunan. Orang yang hormat dan takut kepada TUHAN akan terhindar daripada kejahatan. Apabila kamu menyenangkan hati TUHAN, musuh-musuh dapat kamu jadikan kawan. Lebih baik berpendapatan kecil asalkan halal, daripada berpendapatan besar tetapi haram. Manusia membuat rancangan, tetapi Allah yang menentukan jalan hidup manusia.
AMSAL 16:3-9 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Serahkanlah perbuatanmu kepada TUHAN, maka rancanganmu akan terlaksana. TUHAN menjadikan segala sesuatu, masing-masing untuk tujuan-Nya, bahkan orang durjana untuk hari malapetaka. Semua yang bongkak hati adalah kekejian bagi TUHAN; yakinlah, mereka tidak akan terlepas daripada hukuman. Dengan kasih dan kesetiaan, dosa dihapuskan, dan kerana takut kepada TUHAN, orang menjauhi kejahatan. Jika TUHAN berkenan kepada jalan seseorang, Dia membuat musuh orang itu pun berdamai dengannya. Lebih baik penghasilan sedikit dengan perbenaran, daripada penghasilan banyak tanpa keadilan. Hati manusia merancang jalannya, tetapi TUHAN sajalah yang menentukan langkahnya.