AMSAL 14:8-12
AMSAL 14:8-12 Alkitab Berita Baik (BM)
Orang yang bijak tahu apa yang harus dilakukannya; orang yang bodoh tertipu oleh kebodohannya sendiri. Orang bodoh tidak peduli sama ada dosa mereka diampunkan atau tidak, tetapi orang baik mahu dosa mereka diampunkan. Suka duka seseorang dirasakannya sendiri; tiada sesiapa dapat ikut merasakannya. Rumah orang baik tetap kukuh, tetapi rumah orang jahat akan roboh. Jalan yang disangka baik itu akhirnya menuju maut.
AMSAL 14:8-12 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Hikmah orang bijaksana adalah memahami jalan hidupnya, tetapi kebodohan orang tolol adalah tipu daya. Orang bodoh mencemuh korban yang menebus kesalahan, tetapi kebajikan terdapat dalam kalangan yang tulus hati. Hati mengetahui kepahitannya sendiri, dan kegembiraannya tidak dapat turut dirasakan orang lain. Rumah orang durjana akan musnah, tetapi khemah orang yang jujur akan berkembang maju. Ada jalan yang dianggap orang lurus, tetapi akhirnya menuju maut.