FILIPI 4:6-14

FILIPI 4:6-14 Alkitab Berita Baik (BM)

Janganlah khuatir akan apa pun. Dalam segala hal, berdoalah dan mintalah kepada Allah apa yang kamu perlukan. Apabila berdoa kepada Allah, hendaklah kamu selalu mengucap syukur. Kesejahteraan daripada Allah yang tidak mungkin difahami oleh manusia, akan menjaga hati dan fikiran kamu, kerana kamu sudah bersatu dengan Kristus Yesus. Akhirnya, saudara-saudaraku, hendaklah kamu menumpukan fikiran hanya kepada perkara-perkara yang baik dan yang patut dipuji, iaitu perkara yang benar, yang mulia, yang adil, yang murni, yang elok dan yang terhormat. Lakukanlah apa yang telah kamu pelajari dan terima daripadaku, baik kata-kata mahupun perbuatanku. Allah yang mengurniai kita kesejahteraan akan menyertai kamu. Dalam hidupku yang bersatu dengan Tuhan, aku bersukacita kerana setelah sedemikian lama, sekali lagi kamu berpeluang mengambil berat terhadap diriku. Aku tidak bermaksud bahawa kamu sudah melupakan aku, tetapi kamu tidak berpeluang untuk menunjukkan bahawa kamu mengambil berat terhadap diriku. Aku berkata seperti itu bukan kerana aku berkekurangan; aku sudah belajar berpuas hati walaupun aku hanya memiliki sedikit. Aku sudah mengalami hidup serba kekurangan dan juga lebih daripada kecukupan. Aku mengetahui rahsianya untuk menghadapi berbagai-bagai keadaan. Aku berpuas hati baik ketika kenyang ataupun lapar, baik ketika hidup mewah ataupun berkekurangan. Dengan kuasa yang diberikan oleh Kristus, aku berdaya menghadapi segala macam keadaan. Tetapi kamu sudah menolong aku dalam kesusahanku; perbuatan kamu itu baik.

FILIPI 4:6-14 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)

Janganlah kamu mŭnaroh khuatir atas barang pŭrkara, mŭlainkan dalam tiap tiap sŭsuatu biarlah kamu pohonkan kapada Allah dŭngan doa, dan pŭrmintaan, sŭrta dŭngan shukor. Adapun sŭjahtra deripada Allah yang mŭlampaui sagala pŭngatahuan itu, kŭlak akan mŭmliharakan hati kamu, dan ingatan kamu dŭngan bŭrkat Isa Almasih. Kasudahannya hie saudara saudara, adapun barang sagala sŭsuatu yang bŭnar, dan barang sŭsuatu yang tulos, dan barang sŭsuatu yang bŭtol, dan barang sŭsuatu yang suchi, dan barang sŭsuatu yang kŭmanisan, dan barang sŭsuatu yang tŭrbilang itu, maka jikalau ada barang kabajikannya, dan jikalau ada barang kapujiannya, maka tarohlah ingatan dalam pŭrkara pŭrkara itu. Maka barang pŭrkara pŭrkara yang tŭlah kamu pŭlajari, dan tŭlah trima, dan dŭngar, dan mŭlihat deri padaku, buatlah; bahwa Allah yang pohon slamat itu kŭlak bŭsŭrta dŭngan kamu. Maka aku tŭlah tŭrmasalah sangat bagie Tuhan, sŭbab skarang pada akhirnya ingatan kamu akan daku tŭlah sŭgarlah pula, maka dalam hal yang dŭmkian kamu tŭlah mŭnaroh ingatan, akan tŭtapi kamu tiada mŭndapat waktu yang baik. Maka bukannya aku bŭrkata kata deri sŭbab kakorangan: kŭrna aku ini tŭlah bŭlajar dalam sbarang halku ini, shukorlah aku. Maka aku tahu, baik bŭtapa hal miskin, dan aku tahu bŭtapa hal kamewahan: barang dimana, dan dalam sagala pŭrkara, aku tŭlah diajari, baik kŭnyang, baik lapar, baik kamewahan, baik kakorangan. Maka bulihlah aku pŭrbuat sagala pŭrkara itu dŭngan tulongan Almasih yang mŭnguatkan akan daku. Akan tŭtapi kamu sudah bŭrbuat baik, sŭbab kamu mŭnaroh insaf akan hal kasukaranku.

FILIPI 4:6-14

FILIPI 4:6-14 BMFILIPI 4:6-14 BMFILIPI 4:6-14 BMFILIPI 4:6-14 BMFILIPI 4:6-14 BMFILIPI 4:6-14 BM