FILIPI 4:15-19
FILIPI 4:15-19 Alkitab Berita Baik (BM)
Kamu yang tinggal di Filipi benar-benar tahu bahawa ketika aku meninggalkan Makedonia, pada waktu aku mula mengkhabarkan Berita Baik di situ, kamulah satu-satunya jemaah yang menolong aku. Hanya kamu yang mengalami untung rugi bersama-sama aku. Semasa aku di Tesalonika dan memerlukan bantuan, lebih daripada sekali kamu mengirim bantuan kepadaku. Aku tidak ingin menerima pemberian sahaja, tetapi aku ingin melihat keuntungan dimasukkan ke dalam akaun kamu. Aku mengaku sudah menerima segala yang kamu berikan, yang lebih daripada cukup itu! Aku sudah menerima semua pemberian kamu yang dibawa oleh Epafroditus, dan sekarang aku mempunyai segala yang aku perlukan. Pemberian kamu seperti persembahan yang harum dan Allah berkenan menerima korban itu. Allahku dengan kekayaan-Nya yang berlimpah-limpah, akan memenuhi segala keperluan kamu melalui Kristus Yesus.
FILIPI 4:15-19 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Adapun skarang kŭtahuilah ulih kamu, hie orang orang Filippi, maka pada pŭrmulaan Injil itu, tŭtkala aku kluar deri nŭgri Makadonia, maka suatu sidang jŭmaah pun tiada mŭmbri barang apa apa padaku deri hal mŭmbri dan trima, mŭlainkan kamu orang sahja. Maka mŭskipun tŭtkala aku dinŭgri Thessalonika, kamu tŭlah bŭrkirim juga skali dua bagie kakoranganku. Bukannya sŭbab aku handak pŭmbrian: mŭlainkan aku kahandaki buah buahan yang mŭndatangkan kalempahan atas kamu. Kŭrna aku sudah bŭrulih skaliannya, sŭrta mŭlempahlah: maka pŭnohlah sudah aku, sŭbab aku tŭlah mŭnŭrima deripada Epafroditas sagala pŭrkara kiriman kamu itu, sa’olah olah satu bahu bahuan yang harum, dan suatu korban yang dipŭrkŭnankan, dan direlai Allah sanggat adanya. Tŭtapi Allahku juga akan mŭngurniakan sagala kakorangan kamu mŭnurot kŭkayaannya yang mulia dŭngan bŭrkat Isa Almasih.
FILIPI 4:15-19 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Kamu orang Filipi juga tahu bahawa apabila Injil mula dikhabarkan, ketika aku baru keluar dari Makedonia, tiada jemaah yang memberikan layanan kepadaku dalam memberi dan menerima kecuali kamu. Ketika aku di Tesalonika pun kamu telah mengirimkan bantuan untuk menampung kekuranganku. Bukanlah aku hendakkan pemberian itu, tetapi aku hendakkan kebaikan itu menambahkan jumlah perbuatan baik dalam kira-kiramu. Sebenarnya aku ada segalanya, bahkan berlebihan; sudah cukuplah bagiku, setelah menerima kirimanmu dari tangan Epafroditus, bau yang harum dan persembahan yang diterima serta diredai Allah. Allahku akan membekalkan segala keperluanmu daripada kekayaan-Nya yang termulia dalam Kristus Yesus.