FILIPI 4:1-7
FILIPI 4:1-7 Alkitab Berita Baik (BM)
Oleh itu, saudara-saudaraku, demikianlah hendaknya kamu berdiri teguh dalam hidup yang bersatu dengan Tuhan. Aku sangat mengasihi dan sangat merindukan kamu! Kamu sungguh menggembirakan aku dan menyebabkan aku berasa bangga! Euodia dan Sintikhe, aku memohon supaya kamu berdua sehati sebagai saudara seiman yang mentaati Tuhan. Rakanku yang setia, aku ingin kamu menolong kedua-dua orang wanita itu. Mereka sudah bekerja keras bersama-sama aku untuk mengkhabarkan Berita Baik, sama seperti Klemen dan semua orang lain yang bekerja bersama dengan aku. Nama mereka tertulis di dalam kitab Allah yang mengandungi nama orang yang memiliki hidup sejati. Semoga kamu sentiasa bersukacita kerana hidup bersatu dengan Tuhan. Sekali lagi aku berkata: bersukacitalah! Hendaklah kamu bertolak ansur. Tuhan akan datang segera. Janganlah khuatir akan apa pun. Dalam segala hal, berdoalah dan mintalah kepada Allah apa yang kamu perlukan. Apabila berdoa kepada Allah, hendaklah kamu selalu mengucap syukur. Kesejahteraan daripada Allah yang tidak mungkin difahami oleh manusia, akan menjaga hati dan fikiran kamu, kerana kamu sudah bersatu dengan Kristus Yesus.
FILIPI 4:1-7 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
MAKA sŭbab itu saudara saudaraku yang kukasih, dan yang kurindui, dan kasukaanku, dan mahkotaku, maka dŭmkian handaklah kamu bŭrdiri dŭngan tŭgohnya bagie Tuhan, hie kŭkasihku. Maka kupintalah kapada Yudas, dan kupinta kapada Sentiki, supaya mŭnjadi satu hati marika itu bagie Tuhan. Danlagi kupohonkan pula kapadamu, taulanku yang bŭnar, maka tulonglah akan pŭrampuan pŭrampuan yang tŭlah bŭrlŭlah sŭrtaku dalam hal Injil; danlagi Klemen pun, dan bŭsŭrta yang lain lain pun, yang sama bŭrlŭlah dŭngan aku, yang ada tŭrsŭbut namanya didalam kitab hayat. Bŭrsuka sukaanlah kamu bagie Tuhan pada sŭdiakalanya, danlagi pula aku bŭrkata, bŭrsuka sukaanlah kamu. Biarlah kahidopan pŭrtŭngahanmu itu dikŭtahui ulih sagala manusia. Tuhan adalah hampir. Janganlah kamu mŭnaroh khuatir atas barang pŭrkara, mŭlainkan dalam tiap tiap sŭsuatu biarlah kamu pohonkan kapada Allah dŭngan doa, dan pŭrmintaan, sŭrta dŭngan shukor. Adapun sŭjahtra deripada Allah yang mŭlampaui sagala pŭngatahuan itu, kŭlak akan mŭmliharakan hati kamu, dan ingatan kamu dŭngan bŭrkat Isa Almasih.
FILIPI 4:1-7 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Oleh itu, saudara-saudaraku yang dikasihi dan dirindui, yang menjadi kebahagiaanku dan mahkotaku, berdirilah dengan teguh dalam Tuhan, wahai sekalian yang kusayangi! Aku merayu kepada Euodia dan Sintikhe supaya bersatu hati dalam Tuhan. Dan aku meminta kepadamu juga, teman sejati, bantulah perempuan-perempuan ini yang telah berusaha bersamaku untuk Injil, juga dengan Klemen serta teman sekerjaku yang lain, yang nama-nama mereka ada dalam Kitab Hidup. Bersukacitalah dalam Tuhan sentiasa. Kukatakan lagi: Bersukacitalah! Biar sikapmu yang lemah lembut diketahui oleh semua orang. Tuhan ada berhampiran. Jangan bimbangkan apa pun. Dalam segala hal, dengan berdoa dan memohon, dengan mengucapkan kesyukuran, beritahulah hasratmu kepada Allah. Dan sejahtera Allah yang melebihi pengertian manusia akan memelihara hati dan fikiranmu dalam Kristus Yesus.