FILIPI 3:7-8
FILIPI 3:7-8 Alkitab Berita Baik (BM)
Tetapi kerana apa yang sudah dilakukan oleh Kristus bagiku, semua yang dahulu aku anggap sebagai menguntungkan, kini merugikan. Bukan sahaja hal-hal itu aku anggap merugikan, tetapi semua hal lain yang biasa aku lakukan, sekarang aku anggap merugikan. Dengan demikian aku akan mendapat apa yang jauh lebih menguntungkan, iaitu mengenal Kristus Yesus sebagai Tuhanku. Kerana Kristus, aku telah meninggalkan segala perkara yang biasa aku lakukan. Aku menganggap semua itu sebagai sampah sahaja, supaya aku boleh mendapat Kristus
FILIPI 3:7-8 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Tŭtapi barang apa yang mŭnjadi untong padaku, itulah juga kubilangkan kŭrugian kŭrna Almasih. Bahkan, dŭngan tiada shak, aku bilangkan sŭmua pŭrkara rugi adanya, ulih sŭbab indahnya pŭngatahuan akan Isa Almasih Tuhanku itu; maka deri kŭrnanyalah tŭlah kurasai kŭrugian dalam sagala pŭrkara, dan kubilangkan itu spŭrti tahi adanya, supaya aku mŭnangkan Almasih.
FILIPI 3:7-8 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Tetapi segala yang dahulu merupakan untung bagiku, sekarang kukira rugi kerana Kristus. Bahkan segala perkara kukira rugi berbanding keagungan mengenal Kristus Yesus, Tuhanku. Oleh sebab Dialah aku telah kerugian segalanya, yang kukira sampah sarap belaka, supaya aku mendapat untung iaitu Kristus