FILIPI 3:13-17
FILIPI 3:13-17 Alkitab Berita Baik (BM)
Saudara-saudaraku, sebenarnya aku tidak menganggap bahawa aku sudah berjaya memenangi hadiah itu. Tetapi satu perkara aku lakukan. Aku melupakan apa yang di belakang dan berusaha dengan gigih untuk mencapai apa yang di hadapan. Itulah sebabnya aku berlari terus ke arah tujuanku untuk memenangi hadiah itu. Hadiah itu hidup sejati dan kekal yang merupakan panggilan Allah kepadaku melalui Kristus Yesus. Kita semua yang sudah matang dalam kehidupan sebagai orang yang percaya kepada Kristus, harus bersikap demikian. Tetapi jika ada antara kamu yang berpendapat lain, Allah akan menjelaskan hal itu kepada kamu. Bagaimanapun kita perlu memperhatikan hal ini: Kita harus tetap hidup menurut peraturan yang telah kita taati sehingga sekarang. Saudara-saudaraku, ikutlah teladanku. Kami sudah memberikan teladan yang baik kepada kamu. Oleh itu perhatikanlah orang yang mengikut teladan kami itu.
FILIPI 3:13-17 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Saudara saudara, bahwa tiadalah kubilangkan diriku tŭlah sudah mŭnchŭkop itu; tŭtapi suatu pŭrkara yang ada kupŭrbuat ini, iya itu handak mŭlupakan pŭrkara yang diblakang itu, dan handak mŭnchapiekan pŭrkara pŭrkara yang dihadapan itu. Maka aku sŭrbu mŭnuju kapada alamat itu, supaya bŭrulih fahala jŭmpotan tinggi, iya itu deripada Allah dŭngan bŭrkat Isa Almasih. Maka sŭbab itu biarlah kita, sŭbanyak kami yang samporna, itupun mŭnaroh niat yang dŭmkian itu: maka jikalau kiranya dalam barang pŭrkara kamu mŭnaroh niat yang lain, nŭschaya kŭlak dinyatakan Allah ini juapun kapada kamu. Kŭndatilah, sampie kamana kami tŭlah mŭndapat, maka biarlah kami mŭnurot sama hukum, dan biarlah kami mŭnaroh inggatan atas sama pŭrkara. Saudara saudara, ikotlah sama sama akan daku, dan pŭrhatikanlah akan orang orang yang tŭlah mŭnjalani dŭmkian spŭrti kamu mŭndapat kita orang akan tuladannya.
FILIPI 3:13-17 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Saudara-saudara, aku tidak menganggap diriku telah dapat mengambilnya, tetapi satu perkara kulakukan: Melupakan segala yang di belakang dan cuba mendapatkan segala yang di hadapan, aku terus berusaha ke arah matlamat mendapatkan ganjaran, iaitu panggilan Allah ke syurga dalam Kristus Yesus. Oleh itu, semua yang matang antara kita hendaklah berfikiran sedemikian, dan jika berbeza fikiranmu dalam apa pun, Allah akan menyatakan hal itu juga kepadamu. Tetapi setakat yang telah kita capai, marilah kita menempuhnya demikian juga. Saudara-saudara, bersatulah menurut teladanku, dan perhatikan mereka yang hidup selaras dengan teladan yang kami berikan.