FILIPI 2:5-8
FILIPI 2:5-8 Alkitab Berita Baik (BM)
Sikap kamu hendaklah seperti sikap Kristus Yesus: Sebenarnya Dia ilahi, tetapi Dia tidak menganggap keadaan-Nya yang ilahi harus dipertahankan-Nya. Sebaliknya, Dia rela melepaskan segala-galanya, lalu menjadi seperti seorang hamba. Dia datang sebagai manusia, dan hidup seperti manusia. Dia merendahkan diri dan hidup dengan taat kepada Allah sehingga mati - iaitu mati di atas salib.
FILIPI 2:5-8 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka biarlah kiranya ada ingatan yang dŭmkian itu dalam kamu spŭrti yang sudah ada dalam Isa Almasih. Sŭbab ada iya dalam kaadaan Allah, tiadalah iya sangka rampasan kalau iya mŭnjadi stara dŭngan Allah. Tŭtapi iya tiada mŭnchari kabilangan, mŭlainkan iya mŭnjadikan dirinya bŭrsifat hamba lalu dijadikannya sama dŭngan manusia. Maka sŭtlah didapati akan dia dŭngan hal manusia, maka dirŭndahkannyalah dirinya, lalu tŭrta’loklah iya kapada maut, mŭskipun kapada kŭmatian salib.
FILIPI 2:5-8 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Hendaklah ada dalam dirimu pemikiran yang ada dalam Kristus Yesus: Dia yang sekalipun dalam bentuk Allah, tidak menganggap kesetaraan dengan Allah sesuatu yang harus dipertahankan, tetapi Dia telah mengetepikan martabat diri-Nya, mengambil bentuk seorang hamba, dan datang dengan rupa manusia. Dalam keadaan sebagai manusia, Dia telah merendahkan diri-Nya dan taat hingga kepada kematian, bahkan kematian di salib!