FILIPI 2:4-7
FILIPI 2:4-7 Alkitab Berita Baik (BM)
Utamakan kepentingan orang lain, jangan hanya kepentingan diri sendiri. Sikap kamu hendaklah seperti sikap Kristus Yesus: Sebenarnya Dia ilahi, tetapi Dia tidak menganggap keadaan-Nya yang ilahi harus dipertahankan-Nya. Sebaliknya, Dia rela melepaskan segala-galanya, lalu menjadi seperti seorang hamba. Dia datang sebagai manusia, dan hidup seperti manusia.
FILIPI 2:4-7 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Janganlah masing masing mŭlihat halnya sŭndiri sahja, tŭtapi handaklah masing masing mŭlihat hal hal orang lain pun. Maka biarlah kiranya ada ingatan yang dŭmkian itu dalam kamu spŭrti yang sudah ada dalam Isa Almasih. Sŭbab ada iya dalam kaadaan Allah, tiadalah iya sangka rampasan kalau iya mŭnjadi stara dŭngan Allah. Tŭtapi iya tiada mŭnchari kabilangan, mŭlainkan iya mŭnjadikan dirinya bŭrsifat hamba lalu dijadikannya sama dŭngan manusia.
FILIPI 2:4-7 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Tiap-tiap seorang daripada kamu janganlah menjaga kepentingan diri sahaja, jagalah juga kepentingan orang lain. Hendaklah ada dalam dirimu pemikiran yang ada dalam Kristus Yesus: Dia yang sekalipun dalam bentuk Allah, tidak menganggap kesetaraan dengan Allah sesuatu yang harus dipertahankan, tetapi Dia telah mengetepikan martabat diri-Nya, mengambil bentuk seorang hamba, dan datang dengan rupa manusia.