FILIPI 2:12-16
FILIPI 2:12-16 Alkitab Berita Baik (BM)
Oleh itu, saudara-saudaraku yang tercinta, sebagaimana kamu sentiasa taat kepadaku ketika aku bersama-sama kamu, lebih mustahak lagi kamu taat kepadaku sekarang ini ketika kita berjauhan. Allah sudah menyelamatkan kamu, oleh itu kamu harus terus berusaha untuk menyempurnakan kesejahteraan kamu. Lakukanlah hal itu dengan penuh hormat kepada Allah, kerana Allah sentiasa bekerja di kalangan kamu untuk membuat kamu mahu dan sanggup melakukan apa yang dikehendaki-Nya. Lakukanlah segala sesuatu tanpa bersungut-sungut atau bertengkar. Dengan demikian kamu menunjukkan ketulusan dan kemurnian sebagai anak-anak Allah yang tidak bercela, yang hidup di kalangan orang jahat dan berdosa. Ketika kamu menyampaikan berita yang memberikan hidup yang sejati, kamu harus bersinar antara mereka seperti bintang menerangi langit. Jika kamu berbuat demikian, aku mempunyai alasan untuk berbangga dengan kamu pada Hari Kristus datang kembali. Hal itu membuktikan bahawa segala usaha dan jerih payahku tidak sia-sia.
FILIPI 2:12-16 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka sŭbab itulah kŭkasihku, adapun spŭrti pada sŭdiakalanya kamu tŭlah mŭnurot itu, bukannya dihadapanku sahja, mŭlainkan skarang tŭrlebih pula diblakangku, maka handaklah kamu bŭkŭrja mŭnuntut slamatmu sŭndiri dŭngan takot dan gŭmŭntar. Kŭrna Allah juga yang mŭnggrakkan dalam hati kamu itu akan bŭrniat, dan akan mŭlakukan kŭrelaannya. Pŭrbuatlah akan sagala pŭrkara dŭngan tiada bŭrsungot dan pŭrbantahan; Supaya kamu mŭnjadi orang yang tiada bŭrsalah, dan tiada pŭngapakan, spŭrti anak anak Allah yang tiada dapat dichŭla diantara bangsa yang bengkang bengkok, dan kachau belot, maka diantaranyalah kamu kŭlak bŭrchahya spŭrti trang dalam dunia. Mŭmaskorkan pŭrkataan slamat, supaya aku kŭlak akan bŭrsuka chita pada hari datang Almasih, supaya aku tiada bŭrlari lari dŭngan sia sia, atau bŭrlŭlah dŭngan sia sia.
FILIPI 2:12-16 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Oleh itu, saudara-saudara yang dikasihi, sebagaimana kamu sentiasa taat, hendaklah kamu mengerjakan penyelamatanmu sendiri dengan takut dan gementar, bukan sahaja ketika aku ada bersamamu malah lebih-lebih lagi sekarang sewaktu aku jauh daripadamu. Kerana Allah yang bekerja dalam dirimu, menyebabkan kamu berkehendak dan menjalankan kerja untuk keredaan-Nya. Dalam segala perbuatanmu janganlah bersungut-sungut dan berbantah-bantah, supaya dirimu tidak beraib dan bersalah, dan kamu menjadi anak-anak Allah yang tidak bercela antara manusia. Dalam zaman yang penuh tipu daya dan perbuatan songsang, maka terserlahlah kamu seperti bintang dalam dunia, berpegang teguh pada firman yang memberikan kehidupan. Dengan demikian aku dapat bersukacita pada hari Kristus kerana hidup dan usahaku tidak sia-sia.