FILIPI 2:12-13
FILIPI 2:12-13 Alkitab Berita Baik (BM)
Oleh itu, saudara-saudaraku yang tercinta, sebagaimana kamu sentiasa taat kepadaku ketika aku bersama-sama kamu, lebih mustahak lagi kamu taat kepadaku sekarang ini ketika kita berjauhan. Allah sudah menyelamatkan kamu, oleh itu kamu harus terus berusaha untuk menyempurnakan kesejahteraan kamu. Lakukanlah hal itu dengan penuh hormat kepada Allah, kerana Allah sentiasa bekerja di kalangan kamu untuk membuat kamu mahu dan sanggup melakukan apa yang dikehendaki-Nya.
FILIPI 2:12-13 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka sŭbab itulah kŭkasihku, adapun spŭrti pada sŭdiakalanya kamu tŭlah mŭnurot itu, bukannya dihadapanku sahja, mŭlainkan skarang tŭrlebih pula diblakangku, maka handaklah kamu bŭkŭrja mŭnuntut slamatmu sŭndiri dŭngan takot dan gŭmŭntar. Kŭrna Allah juga yang mŭnggrakkan dalam hati kamu itu akan bŭrniat, dan akan mŭlakukan kŭrelaannya.
FILIPI 2:12-13 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Oleh itu, saudara-saudara yang dikasihi, sebagaimana kamu sentiasa taat, hendaklah kamu mengerjakan penyelamatanmu sendiri dengan takut dan gementar, bukan sahaja ketika aku ada bersamamu malah lebih-lebih lagi sekarang sewaktu aku jauh daripadamu. Kerana Allah yang bekerja dalam dirimu, menyebabkan kamu berkehendak dan menjalankan kerja untuk keredaan-Nya.