FILIPI 2:1-3
FILIPI 2:1-3 Alkitab Berita Baik (BM)
Kerana kamu hidup bersatu dengan Kristus, kamu dikuatkan. Kerana Kristus mengasihi kamu, kamu dihiburkan. Kamu dipimpin oleh Roh Allah, dan kamu saling mengasihi serta saling berbelas kasihan. Aku berharap saudara semua dapat benar-benar menyenangkan hatiku dengan hidup seia sekata, saling mengasihi dengan kasih yang sama dan mempunyai fikiran serta tujuan yang sama. Janganlah lakukan sesuatu bagi kepentingan diri sendiri, atau kerana hendak menyombongkan diri. Sebaliknya dengan rendah hati, anggaplah orang lain lebih baik daripada diri sendiri.

FILIPI 2:1-3 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
MAKA jikalau kiranya ada barang kasŭnangan deripada Almasih, jikalau ada barang pŭnghiburan deripada kasih, jikalau ada barang sŭkutuan deripada Roh, jikalau ada barang buah hati dan kamurahan, Mŭnggŭnapilah kasukaanku, supaya bŭrsamaanlah ingatanmu, sŭbab ada mŭnaroh sama kasih, sŭbab ada sama sŭfakat, dan sama hati. Maka janganlah kamu bŭrbuat barang suatu pŭrkara jua pun dŭngan pŭrbantahan, atau dŭngan mŭnchari kamŭgahan yang sia sia; tŭtapi dŭngan rŭndah hati, biarlah masing masing mŭngasihi sa’orang akan sa’orang tŭrlebih deripada dirinya sŭndiri.
FILIPI 2:1-3 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Oleh itu, jika ada galakan kerana bersatu dalam Kristus, jika ada penghiburan hati kerana kasih-Nya, jika ada keakraban dalam Roh, jika ada lemah lembut dan belas kasih, sempurnakanlah kebahagiaanku dengan berkeadaan sejiwa, mempunyai kasih yang sama, sepakat dan bersatu hati. Janganlah lakukan apa pun kerana kepentingan diri sendiri atau keangkuhan. Dalam kerendahan hati biarlah setiap orang menganggap yang lain lebih tinggi daripada dirinya.