FILIPI 1:27-28
FILIPI 1:27-28 Alkitab Berita Baik (BM)
Oleh itu penting bagi kamu untuk hidup sesuai dengan apa yang dituntut oleh Berita Baik tentang Kristus. Dengan demikian sama ada aku dapat berjumpa dengan kamu atau tidak, aku akan mendapat berita bahawa kamu berdiri teguh dan berjuang dengan satu tujuan dan satu keinginan, untuk iman yang berdasarkan Berita Baik itu. Janganlah takut akan orang yang menganiaya kamu; tabahkanlah hati. Hal itu akan membuktikan bahawa mereka akan kalah dan kamu akan menang, kerana Allah sendiri yang memberikan kemenangan itu kepada kamu.
FILIPI 1:27-28 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Mŭlainkan biarlah klakuanmu itu ada bŭrpatutan dŭngan Injil Almasih: baik aku datang bŭrjumpa kamu, baik tiada, bulihlah aku mŭnŭngar akan sagala hal ahwal kamu, yang kamu ada bŭrdiri tŭtap dŭngan suatu Roh, dŭngan suatu ingatan, bŭrusaha usahakan bŭrsama sama kŭrna iman Injil. Maka dalam suatu juapun janganlah kamu ditakoti ulih musoh musohmu: yang ada pada marika itu suatu tandah kabinasaan bagienya, tŭtapi pada kamu suatu tandah slamat, maka iya itu deripada Allah adanya.
FILIPI 1:27-28 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Cuma pastikanlah kelakuanmu selaras dengan Injil Kristus. Dengan demikian, sama ada aku datang menemuimu ataupun tidak, aku akan dapat mendengar tentangmu, bahawa kamu berdiri teguh dalam satu roh, berjuang bersama dengan satu hati untuk iman berdasarkan Injil, dan sama sekali tidak takut akan musuh-musuhmu. Bagi mereka, ini adalah tanda kebinasaan tetapi bagimu adalah tanda penyelamatan daripada Allah.