FILIPI 1:21-26
FILIPI 1:21-26 Alkitab Berita Baik (BM)
Bagiku, hidup itu mengabdi kepada Kristus, dan kematian lebih berfaedah. Tetapi jika dengan hidup di dunia ini, aku dapat melakukan lebih banyak pekerjaan yang berguna, aku tidak pasti yang mana akan aku pilih. Amatlah susah membuat pilihan. Aku sangat ingin meninggalkan dunia ini untuk pergi tinggal dengan Kristus, kerana hal itu lebih baik. Tetapi bagi kepentingan kamu, lebih mustahak aku hidup. Aku yakin akan hal itu. Oleh itu aku tahu bahawa aku akan terus hidup untuk menolong kamu, supaya iman kamu semakin teguh dan kamu semakin bersukacita dalam kepercayaan kepada Kristus. Dengan demikian apabila aku bersama-sama kamu lagi, kamu akan mempunyai lebih banyak alasan untuk berbangga dengan aku, kerana kamu sudah bersatu dengan Kristus Yesus.
FILIPI 1:21-26 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Adapun hidopku ini kŭrna Almasih adanya, dan mati itulah kauntonganku. Tŭtapi jikalau hidop juga tubohku, maka inilah buah buahan kalŭlahanku: akan tŭtapi manakah yang handak kupileh itu tiadalah kukŭtahui. Kŭrna tŭrgŭpitlah aku diantara kadua itu, sŭbab handak pulang, supaya bŭrsama sama dŭngan Almasih; kŭrna itulah tŭrlebih baik. Tŭtapi jikalau hidop tubohku ini itupun tŭrlebih bŭrguna juga pada kamu. Maka adapun sŭbab harap yang dŭmkian itulah aku tahu, bahwa nanti aku tinggal kŭlak bŭsŭrta dŭngan kamu skalian kŭrna tambahan, dan kŭgŭmaran kamu dalam iman. Supaya tŭrmasamu itu kŭlak mŭlempahlah dalam Isa Almasih kŭrna aku, ulih sŭbab kadatanganku pada kamu lagi.
FILIPI 1:21-26 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Kerana bagiku, hidup ialah Kristus, dan mati ialah keuntungan. Tetapi jika aku terus hidup dari segi jasmani, ini akan bermakna usahaku membuahkan hasil. Namun yang mana akan kupilih? Aku tidak tahu! Aku sukar memilih antara dua: Aku ingin pergi dan bersama dengan Kristus, itu jauh lebih baik, tetapi kerana kamu, aku berasa perlu terus hidup dari segi jasmani. Dengan keyakinan ini, aku tahu bahawa aku akan terus bersama kamu semua untuk kemajuan dan kebahagiaanmu dalam iman, supaya rasa sukacitamu dalam Kristus Yesus akan melimpah-limpah kerana aku, apabila aku menemuimu sekali lagi.