FILIPI 1:1-11

FILIPI 1:1-11 Alkitab Berita Baik (BM)

Surat daripada Paulus dan Timotius, hamba-hamba Kristus Yesus, dan surat ini ditujukan kepada umat Allah di Filipi yang bersatu dengan Kristus, termasuk para pemimpin dan penolong jemaah. Semoga Allah Bapa kita dan Tuhan Yesus Kristus mengurniai kamu berkat dan kesejahteraan. Setiap kali aku teringat akan kamu, aku bersyukur kepada Allah. Setiap kali aku berdoa untuk kamu, aku berdoa dengan sukacita. Aku bersukacita kerana kamu telah menolong aku sehingga dapat mengkhabarkan Berita Baik itu, sejak hari pertama sehingga sekarang. Aku yakin bahawa Allah, yang sudah memulakan pekerjaan yang baik pada diri kamu, akan meneruskannya sehingga selesai pada Hari Kristus Yesus datang kembali. Aku sentiasa mengingati kamu dengan sukacita. Memang aku patut mempunyai perasaan seperti itu terhadap kamu, kerana kamu semua sudah memberikan kerjasama dalam menjalankan tugas khas yang diberikan oleh Allah kepadaku. Kamu melakukannya baik sekarang semasa aku dipenjarakan, mahupun dahulu sewaktu aku bebas membela dan mempertahankan Berita Baik itu. Allah tahu bahawa apa yang aku katakan ini benar. Aku mengasihi kamu dengan kasih yang berasal daripada Kristus Yesus. Aku berdoa supaya kasih kamu kepada Allah dan sesama manusia terus bertambah, sehingga kamu tahu akan apa yang benar dan dapat membuat pertimbangan yang sempurna. Dengan demikian kamu dapat memilih apa yang terbaik, sehingga pada Hari Kristus datang kembali kamu bebas daripada segala celaan dan tuduhan. Hidup kamu akan penuh dengan perbuatan yang benar-benar baik, kerana Yesus Kristus sahaja yang dapat menyebabkan kamu berbuat demikian. Oleh itu Allah akan dimuliakan dan dipuji.

FILIPI 1:1-11 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)

BAHWA Paulus dan Timothius, iya itu hamba hamba Isa Almasih, datang kapada sagala orang salih yang dalam agama Isa Almasih yang ada dinŭgri Filippi, sŭrta dŭngan sagala guru guru, dan sagala khadam khadam dalam agama. Maka nihmat, dan slamat deripada Allah iya itu Ayah kami, dan Tuhan Isa Almasih biarlah kiranya diatas kamu. Bahwa mŭnguchap shukorlah aku kapada Allahku, pada tiap tiap kali kutŭringat akan kamu. Sŭrta sŭntiasa dalam sagala doaku bagie kamu, kupohonkan dŭngan tŭrmasa; Kŭrna sŭbab pŭrskutuan kamu dŭngan Injil deri pŭrmulaan hari sampielah skarang ini. Sŭbab adalah kupŭrchaya akan pŭrkara inilah juga, iya itu Tuhan yang tŭlah mŭmulai suatu pŭkŭrjaan yang baik dalammu itu, maka iyalah juga kŭlak akan mŭnyampornakan dia itu sampie kapada masa kadatangan Isa Almasih. Maka adalah patut bagieku mŭngirakan dŭmkian ini deri hal kamu skalain, ulih sŭbab kamu adalah dalam hatiku; sŭdang dalam hal tŭrblungguku itu, dan dalam bichara dan katŭtapan Injil itu, maka kamu skalian mŭndapat sama bahgian anugrah dŭngan aku. Kŭrna bahwasanya Allah juga saksiku, bagimanakah rindu dŭndamnya aku akan kamu, laksana jantong limpat Isa Almasih. Maka inilah kupohonkan, supaya pŭngasihan kamu itu kŭlak makin lama makinlah bŭrtambah tambah dŭngan pŭngatahuan, dan dŭngan sagala akal halus; Supaya kamu dapat mŭngujikan pŭrkara pŭrkara yang tiada bŭrbetha; dan supaya kamu mŭnjadi tulos dŭngan tiada mŭndatangkan shak sampie kapada hari Almasih. Sŭbab kamu adalah bŭrisi dŭngan buah buahan kabŭnaran, iya itu yang deripada Isa Almasih, bagie kamuliaan dan kapujian Allah.