BILANGAN 27:5-10
BILANGAN 27:5-10 Alkitab Berita Baik (BM)
Musa menyampaikan perkara mereka itu kepada TUHAN, lalu TUHAN berfirman kepadanya, “Permintaan anak-anak perempuan Zelafehad itu memang wajar; berilah mereka tanah bersama dengan sanak saudara bapa mereka. Warisan Zelafehad harus diwariskan kepada semua anak perempuannya. Beritahulah umat Israel bahawa apabila seorang lelaki meninggal tanpa mempunyai anak lelaki, tanah pusakanya harus diwariskan kepada anak perempuannya. Jika dia tidak mempunyai anak perempuan, tanah pusakanya harus diwariskan kepada saudara lelakinya. Jika dia tidak mempunyai saudara lelaki, tanah pusaka itu harus diwariskan kepada saudara lelaki bapanya.
BILANGAN 27:5-10 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Musa menyampaikan perkara mereka itu ke hadirat TUHAN. Lalu berfirmanlah TUHAN kepada Musa, “Kata-kata anak-anak perempuan Zelafehad itu benar. Hendaklah kamu memberikan kepada mereka tanah harta pusaka dalam kalangan saudara-saudara ayah mereka, dan hendaklah kamu memindahkan harta pusaka ayah mereka kepada mereka. Katakan pula kepada orang Israel, ‘Jika seseorang mati tanpa mempunyai anak lelaki, maka hendaklah kamu memindahkan harta pusakanya kepada anak-anak perempuannya. Jika dia tidak mempunyai anak perempuan, berikanlah harta pusakanya kepada saudara-saudara lelakinya. Jika dia tidak mempunyai saudara lelaki, berikanlah harta pusakanya kepada saudara-saudara lelaki ayahnya.