BILANGAN 14:22-24
BILANGAN 14:22-24 Alkitab Berita Baik (BM)
bahawa tiada seorang pun antara umat ini akan pergi ke tanah itu. Mereka sudah nampak cahaya hadirat-Ku dan mukjizat yang Aku lakukan di Mesir dan di padang gurun, namun mereka terus-menerus mencubai Aku, dan tidak mahu mentaati Aku. Mereka tidak sekali-kali akan pergi ke tanah yang Aku janjikan kepada nenek moyang mereka. Tidak seorang pun yang melawan Aku akan pergi ke sana. Tetapi sikap Kaleb, hamba-Ku itu lain; dia tetap setia kepada-Ku. Oleh itu Aku akan membawa dia ke tanah yang dijelajahinya. Keturunannya akan memiliki tanah
BILANGAN 14:22-24 Alkitab Versi Borneo (AVB)
sesungguhnya semua orang yang telah melihat kemuliaan-Ku dan tanda-tanda ajaib yang Kuadakan di Mesir serta di gurun tetapi masih juga menguji Aku sampai sepuluh kali dan tidak mahu mematuhi-Ku, sekali-kali tidak akan melihat negeri yang Kujanjikan dengan bersumpah kepada nenek moyang mereka! Semua yang menista Aku tidak akan melihat negeri itu. Tetapi hamba-Ku Kaleb, kerana jiwa lain yang ada padanya dan dia mengikut Aku sepenuhnya, maka akan Kubawa dia masuk ke negeri yang telah dimasukinya itu, dan keturunannya akan memilikinya.