NEHEMIA 4:6-9
NEHEMIA 4:6-9 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Kami terus membina semula tembok sehingga seluruh tembok itu siap setakat separuh ketinggiannya, berkat usaha umat yang sememangnya bekerja dengan penuh tekad. Namun begitu, apabila Sanbalat, Tobia, orang Arab, bani Amon, dan orang Asdod mendengar perihal kemajuan pesat kerja-kerja pembaikan tembok Yerusalem dan betapa lubang-lubangnya mulai tertutup, maka sangat marahlah mereka. Mereka semua bermuafakat bersama untuk datang memerangi Yerusalem dan mengadakan huru-hara di sana. Tetapi kami berdoa kepada Allah kami dan atas sebab sikap mereka itu, kami menjalankan pengawalan siang dan malam.
NEHEMIA 4:6-9 Alkitab Berita Baik (BM)
Oleh itu kami terus memperbaiki tembok. Tidak lama kemudian tembok itu selesai diperbaiki sehingga setengah daripada tingginya, kerana rakyat bekerja dengan penuh semangat. Ketika Sanbalat, Tobia, orang Arab, orang Amon, dan orang Asdod mendengar bahawa pekerjaan memperbaiki tembok Yerusalem itu maju dengan pesat, dan bahawa lubang-lubang pada tembok itu sudah ditutup, mereka naik berang. Oleh itu mereka semua bermuslihat hendak menyerang Yerusalem dan menimbulkan kekacauan. Tetapi kami berdoa kepada Allah kami dan menyuruh orang mengawal kota itu daripada serangan mereka, pada siang dan malam.