NEHEMIA 4:13-14
NEHEMIA 4:13-14 Alkitab Berita Baik (BM)
Oleh itu aku melengkapi rakyat dengan pedang, tombak, dan panah. Aku menempatkan mereka menurut puak masing-masing di belakang tembok, iaitu di tempat-tempat yang belum diperbaiki. Apabila aku nampak bahawa rakyat gelisah, aku berkata kepada mereka, para pemimpin dan pegawai mereka, “Jangan takut akan musuh. Ingatlah betapa besar dan hebatnya Tuhan kita, dan berjuanglah untuk saudara-saudara kamu, anak isteri kamu, dan rumah-rumah kamu.”
NEHEMIA 4:13-14 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Oleh sebab itu kutempatkan umat di bahagian-bahagian terendah di belakang tembok, di tempat-tempat yang terbuka. Aku menempatkan mereka menurut kaum keluarga mereka dengan pedang, tombak, dan panah mereka. Setelah kuamati, segeralah aku berkata kepada para bangsawan, para pemimpin, dan umat selebihnya, “Jangan takut kepada mereka. Ingatlah kepada Tuhan yang besar dan teramat hebat, dan berperanglah demi para saudaramu, anak-anakmu baik lelaki mahupun perempuan, isterimu, dan rumahmu.”