NEHEMIA 3:1-32

NEHEMIA 3:1-32 Alkitab Berita Baik (BM)

Beginilah caranya tembok kota Yerusalem diperbaiki. Imam Agung Elyasib dan imam-imam lain membina semula Pintu Gerbang Domba, memasang daun-daun pintunya dan mentahbiskan semuanya. Mereka mentahbiskan tembok sampai ke Menara Seratus dan Menara Hananeel. Orang Yerikho membina bahagian tembok yang selanjutnya. Zakur anak Imri membina bahagian tembok yang selanjutnya. Puak Senaa membina Pintu Gerbang Ikan. Mereka memasang balak-balak, daun-daun pintu, pasak-pasak, dan palang-palang pintu gerbang. Meremot anak Uria, iaitu cucu Hakos, membina bahagian tembok yang selanjutnya. Mesulam anak Berekhya, iaitu cucu Mesezabeel, membina bahagian tembok yang selanjutnya. Zadok anak Baana membina bahagian tembok yang selanjutnya. Orang dari kota Tekoa membina bahagian tembok yang selanjutnya, tetapi para pemimpin kota itu tidak mahu melakukan pekerjaan kasar yang diberikan kepada mereka oleh para penyelia. Yoyada anak Paseah dan Mesulam anak Besoja membina semula Pintu Gerbang Yesyana. Mereka memasang balak-balak, daun-daun pintu, pasak-pasak, dan palang-palang pintu gerbang. Melaca dari Gibeon, Yadon dari Meronot, dan orang Gibeon serta orang Mizpa membina bahagian tembok yang selanjutnya sampai ke istana gabenor Efrat Barat. Uziel anak Harhaya, seorang tukang emas membina bahagian tembok yang selanjutnya. Hananya, seorang pembuat minyak wangi, membina bahagian tembok yang selanjutnya sampai ke Tembok Lebar. Refaya anak Hur, penguasa setengah daerah Yerusalem, membina bahagian tembok yang selanjutnya. Yedaya anak Harumaf membina bahagian tembok yang selanjutnya, yang berdekatan dengan rumahnya sendiri. Hatus anak Hasabneya membina bahagian tembok yang selanjutnya. Malkia anak Harim, dan Hasub anak Pahat-Moab membina bahagian tembok yang selanjutnya, dan juga Menara Perapian. Salum anak Halohes, penguasa setengah daerah Yerusalem, membina bahagian tembok yang selanjutnya. Dia dibantu oleh anak-anak perempuannya dalam pembinaan itu. Hanun dan penduduk Zanoah membina semula Pintu Gerbang Lembah. Mereka memasang daun-daun pintu, pasak-pasak, dan palang-palang pintu gerbang. Mereka juga membaiki tembok sepanjang 440 meter sampai ke Pintu Gerbang Sampah. Malkia anak Rekhab, penguasa daerah Bet-Kerem membina semula Pintu Gerbang Sampah. Mereka memasang daun-daun pintu, pasak-pasak, dan palang-palang pintu gerbang. Salum anak Kolhoze, penguasa daerah Mizpa, membina semula Pintu Gerbang Mata Air. Dia memasang atap pada pintu gerbang itu, memasang daun-daun pintu, pasak-pasak, dan palang-palang pintu gerbang. Di Kolam Selah, dia membina bahagian tembok dekat taman istana sampai ke tangga yang menurun dari Kota Daud. Nehemia anak Azbuk, penguasa setengah daerah Bet-Zur, membina bahagian tembok yang selanjutnya sampai ke makam keluarga Daud, kolam buatan, dan berek askar. Beberapa bahagian tembok yang berikut diperbaiki oleh orang Lewi dalam urutan ini: Rehum anak Bani membina bahagian tembok yang selanjutnya; Hasabya, penguasa setengah daerah Kehila, membina bahagian tembok yang selanjutnya, bagi pihak daerahnya; Binui anak Henadad, penguasa setengah daerah Kehila, membina bahagian tembok yang selanjutnya; Ezer anak Yesua, penguasa Mizpa, membina bahagian tembok yang selanjutnya, di hadapan gudang senjata sampai ke tempat tembok membelok; Barukh anak Zabai membina bahagian tembok yang selanjutnya, sampai ke pintu rumah Imam Agung Elyasib; Meremot anak Uria, iaitu cucu Hakos, membina bahagian tembok yang selanjutnya, sampai ke hujung rumah Elyasib. Beberapa bahagian tembok berikutnya diperbaiki oleh para imam dalam urutan ini: Imam-imam yang tinggal di sekitar Yerusalem membina bahagian tembok yang selanjutnya; Benyamin dan Hasub membina bahagian tembok yang selanjutnya, yang di hadapan rumah mereka; Azarya anak Maaseya, iaitu cucu Ananya, membina bahagian tembok yang selanjutnya, yang di depan rumahnya; Binui anak Henadad membina bahagian tembok yang selanjutnya, dari rumah Azarya sampai ke sudut tembok; Palal anak Uzai membina bahagian tembok yang selanjutnya, bermula dari sudut tembok dan menara istana bahagian atas, dekat halaman penjaga; Pedaya anak Paros membina bahagian tembok yang selanjutnya, sampai ke suatu tempat di hadapan Pintu Gerbang Air di sebelah timur, dan menara penjagaan Rumah TUHAN. (Tidak jauh dari situ ada kawasan yang bernama Ofel, tempat tinggal para pekerja Rumah TUHAN.) Orang dari kota Tekoa membina bahagian tembok yang selanjutnya, dari suatu tempat di hadapan menara penjagaan Rumah TUHAN sampai ke tembok dekat Ofel; bahagian tembok ini adalah bahagian kedua yang dibina oleh mereka. Sekumpulan imam membina bahagian tembok yang selanjutnya, dari Pintu Gerbang Kuda dan menghala ke utara; setiap orang membina bahagian tembok di hadapan rumah masing-masing. Zadok anak Imer membina bahagian tembok yang selanjutnya, iaitu yang di hadapan rumahnya. Semaya anak Sekhanya, penjaga Pintu Gerbang Timur, membina bahagian tembok yang selanjutnya. Hananya anak Selemya, dan Hanun, anak Zalaf yang keenam, membina bahagian tembok yang selanjutnya; bahagian tembok ini adalah bahagian kedua yang dibina oleh mereka. Mesulam anak Berekhya membina bahagian tembok yang selanjutnya, yang di hadapan rumahnya. Malkia, seorang tukang emas, membina tembok yang selanjutnya, sampai ke rumah para pekerja Rumah TUHAN dan para pedagang, yang terletak di hadapan Pintu Gerbang Mifkad, dekat bilik atas di sudut tembok sebelah timur laut. Para tukang emas dan pedagang membina bahagian tembok yang terakhir, bermula dari bilik atas di sudut tembok sampai ke Pintu Gerbang Domba.

NEHEMIA 3:1-32 Alkitab Versi Borneo (AVB)

Imam Besar Elyasib bersama dengan saudara-saudaranya, para imam, segera membina semula Pintu Gerbang Domba. Mereka menyucikannya dan memasang pintu-pintunya sampai sejauh Menara Mea dan Menara Hananeel. Di sebelah mereka orang Yerikho membina; dan di sebelah orang Yerikho Zakur anak Imri membina. Pintu Gerbang Ikan dibina oleh bani Senaa. Mereka meletakkan galang-galangnya dan memasang pintu-pintunya serta pengancing-pengancing dan palang-palangnya. Di sebelah mereka Meremot anak Uria anak Hakos menjalankan kerja-kerja pembaikan, manakala di sebelah Meremot pula ialah Mesulam anak Berekhya anak Mesezabeel dan seterusnya Zadok anak Baana juga menjalankan kerja-kerja pembaikan. Di sebelah Zadok kalangan Tekoa menjalankan kerja-kerja pembaikan, tetapi kaum bangsawan mereka tidak mahu berganding bahu demi berkhidmat kepada para pemimpin mereka. Pintu Gerbang Lama diperbaik oleh Yoyada anak Paseah dan Mesulam anak Besoja. Mereka meletakkan galang-galangnya dan memasang segala pintunya berserta pengancing dan palangnya. Di sebelah mereka Melaca, orang Gibeon, dan Yadon, orang Meronot, menjalankan kerja pembaikan bersama-sama orang Gibeon dan Mizpa yang berada di bawah bidang kuasa pembesar daerah seberang Sungai Efrat. Di sebelah mereka Uziel anak Harhaya, salah seorang tukang emas, menjalankan kerja pembaikan, dan di sebelahnya lagi Hananya, salah seorang tukang campur rempah-rempah, juga menjalankan kerja pembaikan. Mereka memperkukuh Yerusalem sampai ke Tembok Lebar. Di sebelah Hananya, Refaya anak Hur iaitu seorang pemimpin bagi separuh daripada daerah Yerusalem, menjalankan kerja pembaikan, dan di sebelahnya Yedaya anak Harumaf menjalankan kerja pembaikan berhadapan dengan rumahnya. Di sebelahnya pula, Hatus anak Hasabneya menjalankan kerja pembaikan. Malkia anak Harim dan Hasub anak Pahat-Moab memperbaik bahagian yang lain serta Menara Ketuhar, manakala di sebelah mereka, Salum anak Halohes, pemimpin separuh daripada daerah Yerusalem, menjalankan kerja pembaikan bersama-sama anak-anak perempuannya. Hanun dan penduduk Zanoah memperbaik Pintu Gerbang Lembah. Mereka membinanya semula dan memasang semua pintunya berserta segala pengancing dan palangnya. Mereka juga memperbaik tembok sepanjang seribu hasta sampai ke Pintu Gerbang Sampah. Malkia anak Rekhab, pemimpin wilayah Bet-Kerem memperbaik Pintu Gerbang Sampah dan dia membinanya semula dan memasang semua pintunya berserta segala pengancing dan palangnya. Salum anak Kolhoze, pemimpin wilayah Mizpa memperbaik Pintu Gerbang Air Pancut dan dia membinanya semula, membuat atapnya, dan memasang semua pintunya berserta segala pengancing dan palangnya. Dia juga membina tembok Kolam Selah berdekatan dengan taman raja sampai ke tangga yang menurun dari Kota Daud. Di sampingnya Nehemia anak Azbuk, pemimpin separuh daripada daerah Bet-Zur, menjalankan kerja pembaikan sampai ke tempat di depan pemakaman Daud, ke kolam buatan, dan ke berek para kesateria. Bersebelahan dengan Nehemia anak Azbuk pula, bani Lewi menjalankan kerja pembaikan di bawah pimpinan Rehum anak Bani. Kemudian di sebelah mereka Hasabya, pemimpin separuh daripada daerah Kehila, menjalankan kerja pembaikan untuk wilayahnya. Di sampingnya para saudara mereka di bawah pimpinan Binui anak Henadad, pemimpin separuh daripada daerah Kehila, juga menjalankan kerja pembaikan. Di sebelah mereka Ezer anak Yesua, pemimpin Mizpa, memperbaik bahagian yang lain di depan jalan naik ke gudang senjata di bahagian penyangga. Di samping Ezer, Barukh anak Zabai dengan giat memperbaik bahagian yang lain, dari bahagian penyangga sampai ke pintu rumah Imam Besar Elyasib. Di samping Barukh, Meremot anak Uria anak Hakos juga memperbaik bahagian yang lain, dari pintu masuk Elyasib sampai ke hujung rumah Elyasib. Bersebelahan dengan Meremot, para imam, dari kawasan sekeliling Lembah Yordan pula menjalankan kerja pembaikan. Selepas mereka, Benyamin dan Hasub menjalankan kerja pembaikan di depan rumah mereka sendiri, lalu disambung oleh Azarya anak Maaseya anak Ananya yang menjalankan kerja pembaikan di sisi rumahnya sendiri. Di samping Azarya, Binui anak Henadad memperbaik bahagian yang lain, dari rumah Azarya sampai ke bahagian penyangga dan bahagian penjuru. Palal anak Uzai menjalankan kerja pembaikan berhadapan dengan bahagian penyangga dan di depan menara yang menanjak dari bahagian atas istana raja, dekat Laman Luar Para Pengawal. Selepasnya, Pedaya anak Paros dan para hamba Bait Allah yang tinggal di Ofel menjalankan kerja pembaikan sampai ke depan Pintu Gerbang Air di sebelah timur, hingga ke menara yang menjulang itu. Di sisi Pedaya pula orang Tekoa memperbaik bahagian yang lain, dari depan menara besar yang menjulang itu sampai ke tembok Ofel. Di atas Pintu Gerbang Kuda, para imam menjalankan kerja pembaikan di depan rumah masing-masing. Di samping mereka Zadok anak Imer menjalankan kerja pembaikan di berhadapan dengan rumahnya sendiri, lalu di sampingnya Semaya anak Sekhanya, penjaga Pintu Gerbang Timur, juga menjalankan kerja pembaikan. Di sebelah Semaya, Hananya anak Selemya dan Hanun, anak lelaki keenam Zalaf, memperbaik bahagian yang lain. Di sisi mereka Mesulam anak Berekhya menjalankan kerja pembaikan berhadapan dengan biliknya. Selanjutnya, di samping Mesulam, salah seorang tukang emas iaitu Malkia, menjalankan kerja pembaikan sampai ke rumah para hamba Bait Allah dan para pedagang di depan Pintu Gerbang Perbarisan, sampai ke bilik atas di bahagian penjuru. Di antara bilik atas di bahagian penjuru dengan Pintu Gerbang Domba, para tukang emas dan para pedagang menjalankan kerja pembaikan.