NEHEMIA 13:1-2
NEHEMIA 13:1-2 Alkitab Berita Baik (BM)
Pada waktu Taurat Musa dibacakan kepada rakyat, mereka mendengar bahawa orang Amon dan Moab tidak dibenarkan bergabung dengan umat Allah. Hal itu demikian kerana ketika umat Israel dalam perjalanan dari Mesir, bangsa Amon dan Moab tidak mahu memberi mereka makanan dan minuman. Sebaliknya, mereka mengupah Bileam supaya mengutuk bangsa Israel tetapi Allah kita mengubah kutuk itu menjadi berkat.
NEHEMIA 13:1-2 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Pada hari itu kitab Musa dibaca di hadapan umat yang mendengarkannya. Kemudian didapati tertulis di dalamnya bahawa tiada bani Amon atau bani Moab yang boleh masuk menyertai jemaah Allah untuk selama-lamanya, atas sebab dahulunya mereka tidak menyambut orang Israel dengan roti dan air minum, tetapi mengupah Bileam untuk mengutuk orang Israel. Namun begitu, Allah kami mengubah kutukan itu untuk menjadi berkat.