NEHEMIA 1:4-7
NEHEMIA 1:4-7 Alkitab Berita Baik (BM)
Apabila aku mendengar semua itu, aku duduk dan menangis. Selama beberapa hari aku meratap dan tidak makan apa-apa. Aku berdoa kepada Allah, “Ya TUHAN Allah penguasa di syurga! Engkau Allah yang agung, dan kami menghadap Engkau dengan penuh rasa takut. Engkau tetap setia memegang perjanjian-Mu dengan mereka yang mengasihi Engkau dan melakukan perintah-Mu. Pandanglah aku, ya TUHAN, dan dengarlah doaku, sedang aku berdoa siang dan malam untuk hamba-hamba-Mu, umat Israel. Aku mengaku bahawa kami, umat Israel, sudah berdosa. Nenek moyangku dan aku sudah berdosa. Kami sudah menderhaka terhadap-Mu, dan tidak melakukan perintah-Mu. Kami tidak mematuhi hukum yang Engkau berikan melalui Musa, hamba-Mu.
NEHEMIA 1:4-7 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Sebaik sahaja mendengar perkataan itu, duduklah aku lantas menangis dan berkabung selama beberapa hari. Aku berpuasa dan berdoa di hadapan Allah semesta langit, kataku, “Ya TUHAN, Allah semesta langit, Allah yang besar dan teramat hebat, yang berpegang teguh pada perjanjian-Nya serta kasih abadi-Nya terhadap orang yang mencintai-Nya dan menuruti segala perintah-Nya, semoga telinga-Mu mendengar dan mata-Mu terbuka untuk mendengar doa hamba-Mu yang sekarang kupanjatkan di hadapan-Mu siang dan malam bagi orang Israel, para hamba-Mu. Aku mengaku bahawa kami, orang Israel, termasuk aku dan seisi keluargaku, telah berdosa terhadap Engkau. Teramat fasiq kelakuan kami terhadap Engkau, dan kami tidak berpegang teguh pada segala perintah, segala ketetapan, dan segala peraturan yang telah Kausampaikan melalui hamba-Mu iaitu Musa.