MARKUS 6:7-12
MARKUS 6:7-12 Alkitab Berita Baik (BM)
Dia memanggil dua belas orang pengikut-Nya, lalu mengutus mereka berdua-dua, dan memberi mereka kuasa untuk mengusir roh jahat. Dia juga memberikan perintah ini kepada mereka, “Jangan bawa apa-apa dalam perjalanan, kecuali sebatang tongkat. Jangan bawa makanan, atau beg sedekah, ataupun wang. Tetapi pakailah kasut dan sehelai baju sahaja.” Yesus juga berkata, “Di setiap tempat kamu disambut, tinggallah di rumah yang sama sehingga kamu meninggalkan kota itu. Tetapi jika kamu tiba di suatu tempat lalu penduduk di situ tidak mahu menerima kamu atau mendengar kata-kata kamu, tinggalkanlah kota itu dan kebaskanlah debu daripada telapak kaki kamu sebagai amaran kepada mereka!” Demikianlah dua belas orang pengikut Yesus pergi dan menyampaikan berita bahawa manusia harus bertaubat daripada dosa.
MARKUS 6:7-12 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
¶ Maka dipanggillah ulih Isa dua blas orang itu, dimulainyalah mŭnyurohkan pŭrgi dua dua orang, sŭrta dibrinya kwasa marika itu atas sagala hantu hantu yang nŭjis. Sŭrta dipŭsannya kapada marika itu, supaya jangan dibawanya suatu pun pada pŭrjalanannya, mŭlainkan suatu tongkat sahja, pundi pundi pun jangan, roti pun jangan, wang dalam pundi pundi pun jangan. Tŭtapi bŭrtrompalah, dan jangan mŭmakie dua lapis baju. Maka katanya kapada marika itu, Dalam barang tŭmpat skalipun kamu masok kadalam sa’buah rumah, tinggallah angkau disitu, sampie angkau kluar deripada tŭmpat itu. Maka barang siapa yang tiada mahu mŭnyambut akan dikau, atau mŭnŭngar pŭrkataanmu, maka apabila angkau undor deri sana, kŭbaskanlah abok yang lŭkat dikakimu, akan mŭnjadi suatu saksi atasnya; sasunggohnya aku bŭrkata padamu, iya itu tŭrlebih ringan seksa Sodom dan Gomorah pada hari kiamat deripada nŭgri itu. Maka kluarlah marika itu pŭrgi mŭngajar, supaya patut orang orang bŭrtaubat.
MARKUS 6:7-12 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Dia memanggil murid-Nya yang dua belas itu, lalu mengutus mereka berdua-dua, serta memberi mereka kuasa atas roh-roh jahat. Perintah-Nya kepada mereka demikian: “Jangan bawa apa-apa dalam perjalanan, kecuali sebatang tongkat — roti pun jangan, beg pun jangan, wang dalam tali pinggang pun jangan. Pakailah capal, tetapi jangan pakai dua helai baju.” Yesus berkata lagi, “Apabila kamu disambut di sesebuah rumah, menetaplah di situ hingga kamu beredar dari bandar itu. Sebaliknya, jika penduduk sesuatu bandar enggan menyambutmu atau mendengar kata-katamu, pergilah dari situ dan kebaskanlah debu daripada tapak kakimu sebagai kesaksian terhadap mereka.” Murid Yesus yang dua belas itu pun pergi menyampaikan berita bahawa manusia harus bertaubat.