MARKUS 6:54-56
MARKUS 6:54-56 Alkitab Berita Baik (BM)
Ketika mereka meninggalkan perahu, orang ramai mengenal Yesus dengan serta-merta. Lalu mereka berlari ke seluruh kawasan itu. Di mana-mana mereka tahu Yesus ada, mereka membawa semua orang sakit yang terbaring di atas tikar kepada-Nya. Ke mana sahaja Yesus pergi, baik ke kampung, ke kota, ataupun ke pekan, penduduk di situ membawa semua orang sakit ke padang tempat orang berkumpul. Lalu mereka memohon supaya setidak-tidaknya Yesus membenarkan semua orang sakit menyentuh hujung jubah-Nya. Maka semua orang yang menyentuhnya sembuh.
MARKUS 6:54-56 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka apabila turoulah marika itu deri pŭrahu, bahrulah dia orang kŭnal akan Isa. Lalu larilah marika itu masok kadalam jajahan bŭrkliling tŭmpat itu, sŭrta mŭmulai mŭmbawa orang orang sakit itu diatas katilnya, ditŭmpat didŭngarnya ada Isa. Shahadan maka barang dimana iya masok, baik dalam duson, atau nŭgri, atau didarat darat, maka dibawalah ulih marika itu orang orang sakit dilorong lorong, sŭrta mŭminta kapadanya, supaya bulih dijamah ulih marika itu jikalau kiranya dipancha bajunya skali pun. Maka sŭbanyak orang yang mŭnjamah akan dia itu pun mŭnjadi sŭmbohlah.
MARKUS 6:54-56 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Sebaik-baik mereka turun dari perahu, orang mengenal Yesus lalu berlari ke serata kawasan dan membawa orang sakit yang terbaring di atas tikar kepada-Nya di mana-mana sahaja Dia berada. Di setiap tempat yang dikunjungi-Nya — baik di kota, di pekan mahupun di kampung — penduduk di situ membawa orang yang sakit ke pasar. Mereka memohon agar sekurang-kurangnya Yesus membenarkan mereka menyentuh hujung jubah-Nya. Semua yang menyentuhnya terus sembuh.