MARKUS 6:39-44
MARKUS 6:39-44 Alkitab Berita Baik (BM)
Lalu Yesus memberitahu pengikut-pengikut-Nya supaya menyuruh semua orang di situ duduk berkelompok-kelompok di rumput yang hijau. Mereka pun duduk dengan teratur dalam kelompok. Ada yang seratus orang sekelompok dan ada pula yang lima puluh orang. Setelah itu Yesus mengambil lima ketul roti dan dua ekor ikan itu. Dia menengadah ke langit dan mengucap syukur kepada Allah. Kemudian Dia membahagikan roti itu lalu menyerahkannya kepada pengikut-pengikut-Nya supaya diberikan kepada orang ramai itu. Dia juga membahagi-bahagikan dua ekor ikan itu kepada mereka semua. Tiap-tiap orang makan sehingga kenyang. Selepas itu pengikut-pengikut-Nya mengumpulkan lebihan makanan sebanyak dua belas buah bakul. Jumlah orang lelaki yang makan roti itu kira-kira lima ribu orang.
MARKUS 6:39-44 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka disurohkanlah ulih Isa kapada murid muridnya suroh dudok orang orang itu bŭrklompok klompok diatas rumpot yang hijau itu. Maka dudoklah marika itu bŭrpangkat pangkat, ada yang bŭratus ratus, ada yang lima puloh. Maka apabila diambil ulih Isa lima buah roti, dan dua ekor ikan itu, lalu tŭngadahlah iya kŭlangit, sŭrta dibŭrkatinya, lalu dipŭchahkannya roti itu, dibrikannya kapada murid muridnya, disurohnya taroh dihadapan marika itu, maka ikan yang dua ekor itu pun dibahgikannya kapada marika itu skalian. Maka dimakanlah ulih marika itu skalian sampie kŭnyang. Maka diangkatlah ulih marika itu dua blas bakol pŭnoh sisa sisa dan ikan ikan itu. Maka adapun orang yang makan roti itu ada kira kira lima ribu orang.
MARKUS 6:39-44 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Yesus mengarahkan mereka supaya menyuruh semua orang di situ duduk berkelompok-kelompok di atas rumput. Mereka pun duduk dalam kelompok; ada yang seratus orang sekelompok dan ada yang lima puluh orang. Setelah Yesus mengambil lima buku roti dan dua ekor ikan itu, Dia menengadah ke langit dan mengucap syukur. Kemudian Dia memecah-mecahkan roti itu dan menghulurkannya kepada murid-murid-Nya untuk diberikan kepada orang ramai itu. Dia juga membahagikan dua ekor ikan itu kepada mereka semua. Mereka semuanya makan sehingga kenyang. Para murid-Nya mengumpulkan lebihan makanan dan ikan sebanyak dua belas bakul. Jumlah orang lelaki yang makan itu kira-kira lima ribu orang.