MARKUS 4:26-34
MARKUS 4:26-34 Alkitab Berita Baik (BM)
Yesus berkata lagi, “Apabila Allah memerintah, keadaannya dapat diumpamakan seperti seorang yang menabur benih di ladangnya. Pada malam hari dia tidur; pada siang hari dia bekerja. Sementara itu, benih itu terus-menerus tumbuh dan membesar. Orang itu tidak mengerti bagaimana hal itu berlaku. Tanah itulah yang menumbuhkan tanaman sehingga berbuah: mula-mula pucuk, kemudian bulir dan akhirnya buah. Manakala buahnya masak, orang itu pun mula menuainya kerana musim menuai sudah tiba.” “Bagaimanakah keadaannya apabila Allah memerintah?” tanya Yesus. “Perumpamaan apa yang dapat kita gunakan untuk menerangkannya? Keadaannya seperti berikut. Biji sawi adalah benih yang terkecil di dunia. Seseorang mengambilnya lalu menanamnya di tanah. Beberapa waktu kemudian benih itu tumbuh dan menjadi yang terbesar di antara segala tumbuh-tumbuhan. Cabangnya rimbun sehingga burung datang membuat sarang di bawah keteduhannya.” Demikianlah Yesus mengajar dengan menggunakan banyak perumpamaan seperti itu. Dia mengajarkan perkhabaran itu sejauh mana mereka dapat mengerti. Dia sentiasa menggunakan perumpamaan apabila mengajar. Tetapi manakala Dia sendirian dengan pengikut-Nya, Dia menjelaskan segala-galanya.
MARKUS 4:26-34 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
¶ Maka katanya, Dŭmkianlah adanya krajaan Allah itu spŭrti sa’orang yang mŭnabor bŭnih ditanah itu. Jikalau tidor kŭlak, dan bangun siang malam, bŭnih itu pun kŭlak bŭrtumboh, tapi tiada iya tahu bagimanakah. Kŭrna bumi itu mŭndatangkan buah sŭndiri dirinya, mula mula batang, kumdian slupat, akhirnya tŭrbit buah deripada slupat itu. Tŭtapi apabila tŭrbitlah buahnya, maka dŭngan skutika itu juga disabitlah ulih si‐pŭnabor, kŭrna musim mŭnuwie itu tŭlah sampielah. ¶ Maka katanya, Dŭngan apakah handak kusamakan akan krajaan Allah ini, atau dŭngan bandingan yang manakah handak kubandingkan akan dia itu. Iya itu spŭrti sa’biji bŭnih sŭsawi, maka apabila ditanamkan dia dibumi, maka iya tŭrlebih kŭchil adanya deri antara sagala bŭnih yang dibumi ini. Akan tŭtapi apabila iya tŭlah ditanamkan, maka bŭrtumbohlah iya, mŭnjadilah iya tŭrlebih bŭsar deripada sagala sayur sayuran, maka kluarlah pŭlŭpanya yang bŭsar bŭsar, sampielah mŭrgŭstua yang diudara itu bulih bŭrtŭdoh dibawah nawangnya. Maka adalah iya bŭrkata kapada marika itu dŭngan umpamaan umpamaan yang dŭmkian ini sŭbrapa yang bulih didŭngar ulih marika itu. Tŭtapi tiadalah iya bŭrchakap kapada marika itu lain deripada pŭrumpamaan; maka apabila Isa sŭrta murid muridnya itu bŭrsunyi sunyi, maka dinyatakannyalah sagala pŭrkara itu kapada marika itu.
MARKUS 4:26-34 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Yesus berkata seterusnya, “Kerajaan Allah ibarat seorang yang menabur benih di ladangnya. Malam dia tidur, siang dia bekerja. Benih itu terus-menerus tumbuh dan membesar. Dia tidak faham bagaimana hal itu terjadi. Tanahlah yang menumbuhkan tanaman hingga berbuah — mula-mula pucuk, kemudian bulir, akhirnya buah. Setelah masak, buahnya disabit oleh orang itu dengan segera kerana musim menuai telah tiba.” “Dengan apakah dapat kita bandingkan kerajaan Allah?” kata Yesus lagi. “Apakah ibarat yang dapat digunakan untuk menjelaskannya? Kerajaan Allah itu seperti sebutir biji sesawi paling kecil di dunia yang ditabur di tanah. Tetapi apabila ditabur, benih itu tumbuh dan menjadi tumbuhan yang terbesar. Dahannya begitu rimbun sehingga burung di udara membuat sarang di bawah keteduhannya.” Dengan banyak ibarat yang semacam itu Yesus mengajar tentang firman kepada mereka, setakat yang dapat mereka faham. Dia tidak berucap kepada mereka tanpa menggunakan ibarat. Tetapi apabila Dia bersendiri dengan murid-murid-Nya, Dia menjelaskan segala-galanya.