MARKUS 4:18-20
MARKUS 4:18-20 Alkitab Berita Baik (BM)
Benih yang jatuh di tengah semak berduri bagaikan orang yang mendengar perkhabaran itu. Tetapi kekhuatiran tentang hidup, keinginan untuk hidup mewah, dan pelbagai keinginan lain memenuhi hati mereka dan membantutkan perkhabaran itu sehingga tidak berbuah. Tetapi benih yang jatuh di tanah subur bagaikan orang yang mendengar perkhabaran itu dan menerimanya, lalu berbuah; ada yang tiga puluh, ada yang enam puluh, dan ada yang seratus kali ganda hasilnya.”
MARKUS 4:18-20 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Adapun inilah dia marika itu yang ditabori diantara duri duri itu, spŭrti orang yang mŭnŭngar akan pŭrkataan itu; Maka ingatannya akan dunia ini, dan kainginannya akan kŭkayaan, dan nafsunya kapada pŭrkara yang lain itu masok kadalam hatinya, maka iya itu mŭlŭmaskan pŭrkataan itu, maka jadilah iya tiada bŭrbuah. Adapun inilah dia marika itu yang ditabori pada tanah yang baik itu, apabila didŭngarnya akan pŭrkataan itu, sŭrta ditrimanya dia, maka bŭrbuahlah iya, ada yang tiga puloh kali gandah, ada yang anam puloh kali gandah, ada yang sa’ratus.
MARKUS 4:18-20 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Ada yang lain seperti benih yang ditabur di tengah semak berduri. Mereka mendengar firman itu, tetapi kerunsingan tentang hal-hal dunia, tarikan palsu harta benda dan aneka kemahuan lain membantutkan firman itu sehingga tidak berbuah. Dan yang lain seperti benih yang ditabur di tanah subur mendengar dan menerima firman itu lalu menghasilkan tiga puluh, enam puluh bahkan seratus kali ganda.”