MARKUS 4:16-17
MARKUS 4:16-17 Alkitab Berita Baik (BM)
Benih yang jatuh di tempat berbatu bagaikan orang yang mendengar perkhabaran itu dan menerimanya dengan sukacita. Tetapi perkhabaran itu tidak berakar di dalam hati, sehingga mereka tidak tahan lama. Apabila mereka menderita kesusahan atau penganiayaan kerana perkhabaran itu, dengan segera mereka tidak lagi percaya kepada perkhabaran itu.
MARKUS 4:16-17 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Dŭmkian lagi bŭnih yang tŭlah ditabori ditanah yang bŭrbatu itu, maka apabila sudah didŭngar ulih marika itu akan pŭrkataan itu, skutika itu juga ditrimanya akan dia dŭngan suka chitanya; Maka sŭbab tiada bŭrakar dalam dirinya sŭndiri, iya bŭrtahan sahja sŭdikit waktu, kumdian apabila kŭlak datanglah kŭsusahan, atau annyaya ulih sŭbab pŭrkataan itu, maka dŭngan sŭgranya kŭlak marika itu mungkir.
MARKUS 4:16-17 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Ada orang lain seperti benih yang ditabur di tempat berbatu. Mereka mendengar firman itu dan terus menerimanya dengan sukacita, tetapi mereka tidak berakar, maka hanya tahan seketika. Sebaik-baik mereka menanggung kesusahan atau penganiayaan kerana firman itu, iman mereka pun segera luntur.