MARKUS 4:10-19

MARKUS 4:10-19 Alkitab Berita Baik (BM)

Apabila Yesus sendirian, beberapa orang yang telah mendengar ajaran-Nya datang kepada-Nya bersama dengan dua belas orang pengikut-Nya. Mereka meminta Yesus menerangkan erti perumpamaan itu. Yesus berkata kepada mereka, “Kamu telah diberikan anugerah untuk mengetahui rahsia tentang bagaimana Allah memerintah. Tetapi orang luar akan mendengar segalanya melalui perumpamaan supaya, ‘Mereka akan melihat dan melihat, tetapi tidak nampak, mereka akan mendengar dan mendengar, tetapi tidak faham, kerana jika mereka memahaminya, mereka akan kembali kepada Allah dan Dia akan mengampuni mereka.’ ” Kemudian Yesus bertanya kepada mereka, “Jika kamu tidak memahami perumpamaan ini, bagaimanakah kamu dapat memahami perumpamaan yang lain? Peladang itu menabur perkhabaran Allah. Benih yang jatuh di jalan bagaikan orang yang mendengar perkhabaran Allah. Tetapi sebaik sahaja mereka mendengarnya, Iblis datang lalu mengambil perkhabaran yang sudah ditabur di dalam hati mereka. Benih yang jatuh di tempat berbatu bagaikan orang yang mendengar perkhabaran itu dan menerimanya dengan sukacita. Tetapi perkhabaran itu tidak berakar di dalam hati, sehingga mereka tidak tahan lama. Apabila mereka menderita kesusahan atau penganiayaan kerana perkhabaran itu, dengan segera mereka tidak lagi percaya kepada perkhabaran itu. Benih yang jatuh di tengah semak berduri bagaikan orang yang mendengar perkhabaran itu. Tetapi kekhuatiran tentang hidup, keinginan untuk hidup mewah, dan pelbagai keinginan lain memenuhi hati mereka dan membantutkan perkhabaran itu sehingga tidak berbuah.

MARKUS 4:10-19 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)

Maka tŭtkala Isa sa’orang orang, sagala marika itu yang ada bŭrkliling dia, sŭrta dŭngan dua blas murid muridnya itu pun bŭrtanyalah akan dia deri hal pŭrumpamaan itu. Maka katanya kapada marika itu, Adapun kapada kamu tŭlah dikurniakan yang bulih mŭngtahui akan rahsia krajaan Allah itu, tŭtapi kapada orang orang luar itu, sagala pŭrkara ini dijadikan pŭrumpamaan. Yang mŭlihat itu, biarlah dilihatnya, tŭtapi tiada kŭnyataannya; dan yang mŭnŭngar biarlah didŭngarnya, tapi tiada mŭngarti; asal jangan kŭlak barang bila pun baik marika itu jadi bŭrubah, maka dosa dosanya akan diampuni bagienya. Maka bŭrkatalah iya kapada marika itu, Tiadakah kamu mŭngtahui akan pŭrumpamaan ini, maka bagimanakah kŭlak kamu bulih mŭngtahui akan sagala pŭrumpamaan pŭrumpamaan itu? Adapun pŭnabor itulah yang mŭnaborkan pŭrkataan itu. Maka inilah marika itu yang ada ditŭpi jalan itu, ditŭmpat pŭrkataan itu ditaborkan; tŭtapi apabila didŭngar ulih marika itu, maka dŭngan skutika itu juga datanglah shietan itu mŭngambil akan pŭrkataan yang tŭlah tŭrtabor dalam hati marika itu. Dŭmkian lagi bŭnih yang tŭlah ditabori ditanah yang bŭrbatu itu, maka apabila sudah didŭngar ulih marika itu akan pŭrkataan itu, skutika itu juga ditrimanya akan dia dŭngan suka chitanya; Maka sŭbab tiada bŭrakar dalam dirinya sŭndiri, iya bŭrtahan sahja sŭdikit waktu, kumdian apabila kŭlak datanglah kŭsusahan, atau annyaya ulih sŭbab pŭrkataan itu, maka dŭngan sŭgranya kŭlak marika itu mungkir. Adapun inilah dia marika itu yang ditabori diantara duri duri itu, spŭrti orang yang mŭnŭngar akan pŭrkataan itu; Maka ingatannya akan dunia ini, dan kainginannya akan kŭkayaan, dan nafsunya kapada pŭrkara yang lain itu masok kadalam hatinya, maka iya itu mŭlŭmaskan pŭrkataan itu, maka jadilah iya tiada bŭrbuah.