MARKUS 4:10-15
MARKUS 4:10-15 Alkitab Berita Baik (BM)
Apabila Yesus sendirian, beberapa orang yang telah mendengar ajaran-Nya datang kepada-Nya bersama dengan dua belas orang pengikut-Nya. Mereka meminta Yesus menerangkan erti perumpamaan itu. Yesus berkata kepada mereka, “Kamu telah diberikan anugerah untuk mengetahui rahsia tentang bagaimana Allah memerintah. Tetapi orang luar akan mendengar segalanya melalui perumpamaan supaya, ‘Mereka akan melihat dan melihat, tetapi tidak nampak, mereka akan mendengar dan mendengar, tetapi tidak faham, kerana jika mereka memahaminya, mereka akan kembali kepada Allah dan Dia akan mengampuni mereka.’ ” Kemudian Yesus bertanya kepada mereka, “Jika kamu tidak memahami perumpamaan ini, bagaimanakah kamu dapat memahami perumpamaan yang lain? Peladang itu menabur perkhabaran Allah. Benih yang jatuh di jalan bagaikan orang yang mendengar perkhabaran Allah. Tetapi sebaik sahaja mereka mendengarnya, Iblis datang lalu mengambil perkhabaran yang sudah ditabur di dalam hati mereka.
MARKUS 4:10-15 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka tŭtkala Isa sa’orang orang, sagala marika itu yang ada bŭrkliling dia, sŭrta dŭngan dua blas murid muridnya itu pun bŭrtanyalah akan dia deri hal pŭrumpamaan itu. Maka katanya kapada marika itu, Adapun kapada kamu tŭlah dikurniakan yang bulih mŭngtahui akan rahsia krajaan Allah itu, tŭtapi kapada orang orang luar itu, sagala pŭrkara ini dijadikan pŭrumpamaan. Yang mŭlihat itu, biarlah dilihatnya, tŭtapi tiada kŭnyataannya; dan yang mŭnŭngar biarlah didŭngarnya, tapi tiada mŭngarti; asal jangan kŭlak barang bila pun baik marika itu jadi bŭrubah, maka dosa dosanya akan diampuni bagienya. Maka bŭrkatalah iya kapada marika itu, Tiadakah kamu mŭngtahui akan pŭrumpamaan ini, maka bagimanakah kŭlak kamu bulih mŭngtahui akan sagala pŭrumpamaan pŭrumpamaan itu? Adapun pŭnabor itulah yang mŭnaborkan pŭrkataan itu. Maka inilah marika itu yang ada ditŭpi jalan itu, ditŭmpat pŭrkataan itu ditaborkan; tŭtapi apabila didŭngar ulih marika itu, maka dŭngan skutika itu juga datanglah shietan itu mŭngambil akan pŭrkataan yang tŭlah tŭrtabor dalam hati marika itu.
MARKUS 4:10-15 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Ketika Yesus bersendirian, dua belas murid-Nya dan beberapa orang yang ada bersama-Nya menanya Dia erti ibarat itu. Yesus berkata kepada mereka, “Kamu telah diberi rahsia kerajaan Allah. Tetapi orang luar akan mendengar segala sesuatu melalui ibarat, supaya: ‘Mereka terus melihat tetapi tidak nampak, mereka terus mendengar tetapi tidak mengerti; kerana sekiranya mereka mengerti, mereka akan berpaling dan diampuni!’ ” Kemudian Yesus bertanya kepada mereka, “Jika kamu tidak memahami ibarat itu, bagaimanakah kamu dapat mengerti ibarat yang lain? Penyemai itu menabur firman. Ada orang seperti benih di jalan, tempat firman itu ditabur. Sebaik-baik mereka mendengar firman, datanglah Iblis untuk mengambil firman yang sudah ditabur dalam hati mereka.