MARKUS 4:1-4
MARKUS 4:1-4 Alkitab Berita Baik (BM)
Yesus mula mengajar lagi di tepi Tasik Galilea. Orang yang mengerumuni-Nya begitu banyak sehingga Dia terpaksa duduk di sebuah perahu di tasik itu. Orang ramai berdiri di tepi tasik. Yesus mengajar banyak perkara kepada mereka dengan menggunakan perumpamaan. Dia berkata, “Dengarlah! Seorang peladang pergi menabur benih. Semasa dia menabur benih, ada yang jatuh di jalan. Lalu burung datang dan makan habis benih itu.
MARKUS 4:1-4 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
SŬBARMULA maka dimulainyalah pula mŭngajar ditŭpi tasik, maka disanalah ada bŭrhimpun tŭrlalu banyak bŭlatŭntara, maka masoklah iya kadalam sa’buah prahu, lalu dudok dalam tasik, maka skalian bŭlatŭntara itu pun adalah ditŭpi tasik didarat. Lalu diajarnyalah akan marika itu bŭbrapa pŭrkara dŭngan pŭrumpamaan, maka katanya pada marika itu dalam plajarannya, Dŭngarlah, bahwa sasungguhnya kluarlah sa’orang pŭnabor handak mŭnabor; Maka sŭtlah tŭngah ditabornya, ada sŭparoh yang jatoh ditŭpi jalan, maka datanglah mŭrgastua yang diudara mŭmakankan sampie habis.
MARKUS 4:1-4 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Yesus mula mengajar lagi di pinggir laut. Begitu ramainya orang datang berasak-asak di sekeliling-Nya sehingga Dia terpaksa duduk di dalam sebuah perahu di laut itu manakala orang ramai berdiri di pantai. Yesus mengajar mereka banyak perkara melalui ibarat. Dalam ajaran-Nya itu, Dia berkata: “Dengarlah! Seorang penyemai pergi menabur benih. Semasa dia menabur benih, ada yang jatuh di jalan, lalu dimakan burung.