MARKUS 3:20-21
MARKUS 3:20-21 Alkitab Berita Baik (BM)
Kemudian Yesus pulang. Tetapi orang ramai datang berkumpul lagi, sehingga Yesus dan pengikut-pengikut-Nya tidak sempat makan. Keluarga Yesus pergi mendapatkan Dia apabila mereka mendengar orang berkata, “Dia sudah gila!”
MARKUS 3:20-21 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka sagala bŭlatŭntara itu pun datang bŭrhimpun pula, sampielah marika itu tiada sŭmpat makan roti. Maka apabila didŭngar ulih sahabat sahabat Isa akan halnya itu, kluarlah marika itu skalian handak mŭnangkap akan dia, kŭrna kata marika itu, iya itu gila.
MARKUS 3:20-21 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Selepas itu, Yesus masuk ke sebuah rumah, tetapi begitu ramainya orang yang datang berkumpul semula sehingga Yesus dan murid-murid-Nya tidak sempat makan. Apabila keluarga Yesus mendengar perkara ini, mereka juga datang untuk mengambil-Nya apabila mendengar orang berkata, “Dia tidak siuman.”