MARKUS 2:15-16
MARKUS 2:15-16 Alkitab Berita Baik (BM)
Kemudian Yesus makan di rumah Lewi. Sebilangan besar pemungut cukai dan orang yang dihina masyarakat mengikut Yesus. Banyak antara mereka yang turut makan bersama-sama Yesus dan pengikut-Nya. Beberapa orang guru Taurat daripada golongan Farisi nampak Yesus makan bersama dengan pemungut cukai dan orang yang dihina masyarakat. Oleh itu mereka bertanya kepada pengikut-pengikut Yesus, “Mengapa dia makan bersama-sama pemungut cukai dan orang yang dihina masyarakat?”
MARKUS 2:15-16 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
¶ Shahadan pada skali pŭrstua tŭtkala Isa tŭngah dudok makan dalam rumahnya, kabanyakkan orang orang yang mŭmŭgang chukie, dan orang bŭrdosa pun ada dudok bŭrsama sama dŭngan Isa sŭrta murid muridnya; kŭrna banyaklah orang ada, dan marika itu pun mŭngikot dia. Maka apabila dilihat ulih khatib khatib, dan orang orang Farisia, iya dudok makan bŭrsama sama dŭngan orang mŭmŭgang chukie, dan orang bŭrdosa itu, lalu bŭrkatalah iya kapada murid muridnya, Bagimana ini, iya dudok makan minum dŭngan orang mŭmŭgang chukie dan orang bŭrdosa?
MARKUS 2:15-16 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Selepas itu, Yesus makan di rumah Lewi. Ramai pemungut cukai dan orang berdosa mengikut Yesus dan ramai antara mereka turut makan bersama Yesus serta murid-murid-Nya. Ahli Taurat daripada golongan Farisi yang melihat perkara itu bertanya kepada para murid Yesus, “Mengapa Dia makan bersama pemungut cukai dan ‘orang berdosa’?”