MARKUS 16:15-20
MARKUS 16:15-20 Alkitab Berita Baik (BM)
Yesus berkata kepada mereka, “Pergilah ke seluruh dunia dan khabarkanlah Berita Baik daripada Allah kepada seluruh umat manusia. Orang yang percaya dan dibaptis akan selamat, tetapi orang yang tidak percaya akan dihukum. Kepada mereka yang percaya akan diberikan tanda-tanda ini: Mereka akan mengusir roh jahat demi nama-Ku; mereka akan berkata-kata dalam bahasa yang tidak diketahui. Jika mereka memegang ular atau meminum racun, mereka tidak akan mendapat celaka. Jika mereka meletakkan tangan pada orang sakit, orang sakit akan sembuh.” Setelah Tuhan Yesus berkata-kata dengan mereka, Dia diangkat ke syurga lalu duduk di sebelah kanan Allah. Pengikut-pengikut Yesus pergi mengkhabarkan Berita daripada Allah di serata tempat. Tuhan bekerja bersama-sama mereka dan melalui tanda-tanda itu, Dia membuktikan bahawa perkhabaran mereka benar.]
MARKUS 16:15-20 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka kata Isa kapada marika itu, Pŭrgilah kamu kapada sagala dunia, dan ajarkanlah akan Injil kapada sagala manusia. Adapun orang yang pŭrchaya, dan yang dibaptisakan, iya itu kŭlak akan slamat, tŭtapi orang yang tiada pŭrchaya itu, iya itu kŭlak akan dibinasakan. Maka alamat alamat ini akan mŭngikot orang yang pŭrchaya, maka dŭngan namaku kŭlak marika itu akan mŭmbuangkan hantu hantu, marika itu kŭlak akan bŭrkata kata dŭngan bŭrjŭnis jŭnis bahsa. Marika itu kŭlak akan mŭmŭgang ular ular, dan jikalau marika itu tŭrminum barang yang mŭmbunoh, tiada akan mŭnyakiti kapada marika itu; marika itu akan mŭnarohkan tangan ka’atas orang yang sakit, maka orang itu pun kŭlak akan sŭmboh. ¶ Hata sŭtlah sudah Tuhan bŭrkata kata kapada marika itu, maka iya tŭlah disambut kŭlangit, sŭrta dudok dikanan Allah. Maka marika itu pun pŭrgilah, sŭrta mŭngajar kapada barang tŭmpat, maka Tuhan ada bŭkŭrja bŭrsama sama dŭngan marika itu, dan ditŭtapkannya akan pŭrkataan itu dŭngan alamat alamat bŭrsama sama: Amin.
MARKUS 16:15-20 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Dia berkata kepada mereka, “Pergilah ke serata dunia dan sebarkan Injil kepada setiap insan. Sesiapa yang percaya dan dibaptiskan akan diselamatkan, tetapi sesiapa yang tidak percaya akan dihukum. Tanda-tanda ini akan menyertai mereka yang percaya: Dengan nama-Ku mereka akan menghalau roh-roh iblis, dan mereka akan bertutur dalam bahasa-bahasa baru. Mereka akan memegang ular tanpa mudarat. Kiranya mereka terminum racun, mereka tetap selamat. Mereka akan meletakkan tangan pada orang sakit dan orang itu akan sembuh.” Setelah Tuhan Yesus berkata-kata dengan mereka, Dia disambut naik ke syurga lalu duduk di kanan Allah. Para murid-Nya pergi menyampaikan perkhabaran Injil di serata dunia. Tuhan bekerja bersama mereka, mengesahkan firman dengan iringan tanda-tanda ajaib.